Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, June 30, 2009

Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi

Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi- Raja Muda Perlis

ARAU 29 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang Melayu agar bangkit mengangkat kembali tamadun kaum itu sehingga mampu menguasai ekonomi.

Baginda bertitah, orang Melayu dahulu kala membuktikan kejayaan tamadun mereka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila berjaya menguasai pusat perdagangan rantau nusantara.

''Orang Melayu pada zaman itu ada yang berdagang sehingga ke China dan Arab. Tetapi semuanya musnah apabila kita dijajah.

''Bagi saya, orang Melayu juga boleh kembali berjaya sekiranya diberi peluang dan bersedia dengan ilmu keusahawanan. Program-program keusahawanan perlu dijadikan sebahagian platform permulaan yang baik bagi menuju ke arah itu," ujarnya.

Baginda bertitah demikian ketika menutup Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Kebangsaan ke-13 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, orang Melayu dan bumiputera perlu membuktikan mereka tidak hanya bergantung dengan kerajaan.

''Mereka perlu menolak tohmahan tersebut dan bangkit membina tamadun sendiri terutama dalam bidang perniagaan,'' titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, dalam keadaan ekonomi sekarang usahawan Melayu dan bumiputera perlu kuat terutama untuk berdepan cabaran globalisasi agar tidak terus ketinggalan.

''Dalam hal ini kegiatan perniagaan tidak seharusnya tertumpu di dalam negara sahaja tetapi perlu dikembangkan ke negara lain.

"Kepada PUM, saya mencadangkan dalam keghairahan mendidik anak muda berniaga, jangan lupa menekankan perniagaan yang berkat. Ia akan menjadi lebih efektif jika etika perniagaan dalam Islam diberikan keutamaan," titah baginda.

Konvensyen selama empat hari yang dianjurkan oleh Institut Keusahawan Negara (Insken) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) itu disertai kira-kira 600 pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Sehingga kini, program perintis usahawan dilaksanakan di 218 sekolah rendah seluruh negara.

PUM dilaksanakan di 658 sekolah menengah dan program keusahawanan siswa dilaksanakan di 24 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Monday, June 22, 2009

dashboard polishing keluaran syukur


Alhamdullillah,
seiring dengan waktu, syarikat kami telah maju setapak lagi, sekarang saya berjaya mengeluarkan satu product baru keluaran syukur iaitu dashboard polishing.

walaubagaimanapun, secara sejujurnya, produk ini bukanlah 100% dikeluarkan oleh pencaktari Enterprise, ianya hasil usahasama dengan peniaga yang lain, pun begitu, kesitimewaan produk ini adalah ketahanan waxnya yang boleh menjadikan dashboard anda berkilat sekurang kurangnya selama 2 bulan.....bagi sesetengah kes, ianya boleh tahan sehingga 4 bulan...

ianya bukanlah satu janji janji palsu yang kami taburkan, tetapi adalah hasil maklum balas dari pengguna pengguna produk kami.

dengan bercirikan keistimewaan sebegini, bagi saya amatlah mudah untuk sesiapa yang ingin memasarkanya, cukuplah dengan sekali menyuruh rakan anda mengilatkan keretanya dengan menggunakan produk ini, dan ia pasti akan merasai kesannya.

Untuk makluman, produk tersebut masih lagi belum mempunyai nama glamournya, sekiranya anda mempunyai pendapat / cadangan akan nama yang bersesuaian bagi product tersebut, silalah salurkan cadangan anda di ruangan komen di bawah petikan ini.

untuk pasaran semasa, ianya dipasarkan dengan harga rm12. walau bagaimanapun, pada masa akan datang insyaallah saya akan keluarkannya didalam beberapa variasi kuantiti.

untuk yang ingin menjadi agen, sila hubungi saya (sukor 019 4735696)

Thursday, June 18, 2009

Sabun pencuci pinggan mangkuk Thoharah





















Sabun pencuci pinggan mangkuk thoharan ini dikeluar dibawah keluaran syukur, ianya di hasilkan dari sumber sumber tumbuhan (material gred A) tanpa sebarang unsur unsur subahah khusus untuk kegunaan masyarakat islam di seluruh dunia.

Ianya juga dekeluarkan demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan memberikan variasi produk untuk pelanggan pelanggan muslim.

buat sementara waktu, sabun thoharah ini hanya dikeluarkan dengan pati lemon. Insyaallah seiring dengan waktu, kami akan menvariasikan lagi flavour flavour yang lain mengikut permintaan pelanggan.

harga runcit untuk seliter sabun thoharah ialah rm3.80

marilah kita bersama membantu menjana ekonomi ummah.

bolehkah saya menjadi agen barangan keluaran syukur?
Alhamdullillah, memang inilah salah satu tujuan penubuhan syarikat ini, sila hubungi sukor 019 4735696 untuk keterangan lanjut.

sukor Abdullah
0194735696

Air Gamat Syukur


Lihatlah kejernihan air gamat keluaran syukur nie, sudah pasti airnya betul betul bersih dan juga tiada masaalah berbau seperti yang anda pernah alami ketika meminum air gamat biasa bukan?
Bagaimana air gamat ini bersih n tidak berbau?
kerana air gamat ini telah mengalami proses penapisan yang rapi.


apakah khasiat air gamat syukur?
Seperti khasiat air gamat yang lain, ianya berkesan untuk:
1.menyembuhkan luka luka dalaman dan luaran.(basahkan kapas dan letakkan pada luka)
2.menghentikan darah.(basahkan kapas dan letak pada luka)
3.menghilangkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah.(basahkan muka/campurkan dengan bedak seperti bedak sejuk)
4.menghilangkan batuk dan kering tekak.(minum seteguk sekali minum,ulang beberapa kali)
5.sesuai untuk wanita lepas bersalin.(minum dan cuci luka jahitan)
6.menghilangkan ulser mulut.(berkumur/minum)
7.buasir dan cirit birit.(minum)

kenapa perlu saya mengunakan air gamat syukur?
1.kerana air gamat ini adalah 100% keluaran muslim, untuk menjana ekonomi muslim.
2.Air gamat ini tidak berbau dan jernih seperti air mineral.

berapakah harga untuk sebotol?
Harga runcit RM8.00

Bolehkah saya mencuba kerjaya saya sebagai peniaga barangan syukur?
Alhamdullillah, sebenarnya inilah salah satu motif penubuhan syarikat ini, untuk menjana ekonomi muslim......

jika berminat, sila hubungi sukor 019 4735696.

sekian,
sukor Abdullah