Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, September 7, 2010

KMEM: jalan jalan masuk kampung edisi bulan ramadhan

alhamdulillah...didalam bulan ramadhan ini, syarikat kami bersama dengan sukarelawan sukarelawan lain dibawah anjuran NGO WARGAKILANG telah menjelajah kebeberapa kawasan pendalaman untuk menyalurkan sumbangan peribadi dan juga sumbangan dari rakan rakan yg x dapat turut serta....

ada 3 sesi jalan jalan masuk kampung, iaitu pada 29, 31 august dan terakhirnya pada 5 sept.
sekalung tahniah diucapkan kepada hardcore hardcore NGO WARGAKILANG kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Saya mendoakan moga usaha murni anda semua ini akan diberkati allah swt.

kepada penyumbang yg hanya menyumbang dari jauh( tak dapat turut serta kerana faktor masa,lokasi dan lain lain) alhamdulillah, kami telah menjalankan amanah yg diberi, majoriti semua penerima sumbangan menitiskan airmata tanda terimakasih dan terharu mereka juga mendoakan semua penyumbang moga dirahmati allah selalu...moga doa mereka diperkenankan olehNya...amin....

diantara kesemua program yg dijalankan, saya hanya sempat turut serta pada program yg terakhir, menurut wakil NGO, penyertaan program pada 5 sept ada kemuncaknya kerana mendapat penyertaan yg paling ramai, dianggarkan sebanyak 33 buah kenderaan yg turut serta (tidak termasuk lori untuk membawa lebihan barang sumbangan yg x muat dalam kereta). Perlbagai peringkat umur yg menyertai dan dilengkapi dengan kawalan trafik(sukarelawan).

ada yg datang bersama kenalan dan ada juga yg membawa anak isteri....(ada juga yg isteri bawak suami...hehehe)

Sebanyak 41 keluarga menerima bantuan. Untuk menjimatkan masa, seramai 30 keluarga (miskin dan warga emas) menerima bantuan melalui majlis penyaluran sumbangan yg diadakan dalam sebuah warong tepi jalan (diatas ehsan pemilik warong) dan sesetengah keluarga diberikan secara touch n go (hanya sebijik kereta yg masuk ke rumah memberikan sumbangan (konvoi yg lain menunggu di tepi jalan)

perjalanan dimulakan sekitar pukul 9 pagi selepas taklimat/bacaan doa dan sukarelawan bertolak pulang sekitar pukul 5 ptg.


menjelajah masuk ke pendalaman seolah merentasi masa ke masa lampau...dengan melihat sendiri kedaifan mereka....selain merasa sebak kekadang hati ini seperti tak percaya..setelah 53 tahun kita merdeka, masih ada yg hidup dalam serba kadaifan seperti ini....

antara rumah yg dilawati majoritinya tiada bekalan air dan elektrik....bayangkanlah bagaimana diwaktu panas terik....bagaimana diwaktu malam hari? nak mandi? nak masak?

ada setengah rumah tu...saya puas pusing dok cari "jamban"..tapi x jumpa...kena tengah malam mai rasa nak melabur...tang mana lah kaunternya ek....

tengah dok cari "jamban" terasa pulak nak buang air kecil...pi la kat bilik air...emmm tengok aja keadaan bilik air...terus saya batalkan niat....wait..! wait..! bukan belagak...tapi sebab nak menjaga keharmonian.....bilik air tu ada dinding yg dibuat dr atap nipah...ada la setinggi dada....pintu x dak...lubang merata ceruk.,...kalau ada yg mengerling pasti nampak....huhuhu kang ada yg pengsan nanti....

mungkin untuk orang dewasa, depa boleh tahan...namun bagaimana pulak nasib bayi yg menghuni rumah itu?

masih terngiang di kelopak telinga akan pertanya anak sukarelawan yg turut serta...." betul ka ini rumah mereka abah?" tanya sianak kepada bapanya....seakan tidak percaya akan apa yg dilihatnya ....

berikut antara gambar yg sempat dirakam...

sekitar persediaan menyusun barangan bantuan.

deretan susunan nombor kenderaan yg berkonvoi


sesi taklimat lokasi yg akan ditujui






Lokasi pertama, rumah anak yatim piatu

"Toilet"...bayangkan dinding paras pinggang jer...untuk pedoman kepada yg manda x pakai kain basah...
senapang terung belanda...last main 19ntahun yg lepas...anak anda besa pegang tak senapang nie?
pakay dok bawah..takut lantai runtuh...

denai lebih kurang 100 meter....

lokasi seterusnya...

toilet nie lagi daif...dinding pun x cukup....sekadar mengambil pedoman....seolah kita kembali ke 20 tahun sebelum....


sekitar majlis penyerahan barang bantuan ke warga emas dan miskin...

rumah yang tiada bekalan air dan elektrik
elektrik pun x ada...macammana nak masak sahur ek?
tirai tingkap bilik tidur

rumah diperbuat sendiri dari buluh...elektrik dan air pun x ada...


destinasi terakhir...rumah seorang yang selalu ke masjid berjemaah, kami gotong royong pasangkan lampu dapur dan rumah untuk kemudahan beliau membaca alquran di malam hari...


sambil berehat dok nampak pokok cenderai...teringat masa kecik dok main caplom....mungkin ramai yang sudah x kenal apa itu caplom...kan...

sekian dahulu coretan, mohon maaf kerana sebahagian gamba sahaja yg dapat diuploadkan ....

terima kasih kepada yg memberi sumbangan melalui aktiviti ini, alhamdulillah...amanah anda telah kami laksanakan...

kepada pengguna produk keluaran syukur, jutaan terima kasih juga kepada anda...dengan sokongan dari anda dapatlah saya mengagihkan sedikit keuntungan syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan...

semoga kita sama maju jaya demi membantu menjana ekonomi muslim...insyaallah

Tuesday, August 10, 2010

KEMPEN MENJANA EKONOMI MUSLIM:Ramadhan al mubarak

View Image

Assalamualaikum,

Kepada semua, selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelang tiba... alhamdulillah umur kita dipanjangkan sekali lagi untuk diberi kesempatan berjumpa ramadhan kali ini. Semoga kesempatan yg diberikan dapat di gunakan sebaiknya..

Ambillah kesempatan ramadhan kali ini untuk kita mempertingkatkan kualiti keimanan kita kepada allah swt. Lepas bersahur tu, apa kata lajak terus bersiap siap untuk solat subuh berjemaah di masjid atau surau. Lagi bagus kalau sebelum bersahur tu kita bersolat tahajud dulu...

Pasti akan rasa kelainan apabila kita mengerjakannya selama sebulan dan insyaallah dapat diteruskan pada bulan bulan yg lain. Diri terasa segar, segala urusan seharian menjadi mudah dan ceria adalah pengalaman yg saya sendiri alami ketika mengerjakannya buat pertama kali....(coba la...)

pada usahawan usahawan dan individu yg mampu, disarankan juga menyalurkan sedikit sumbangan kepada golongan yg memerlukan, semoga kita dapat membantu mereka sekurang kurangnya sebulan dalam setahun..(kalau tiap bulan lagi bagus la...)

Bersempena bulan ramadhan kali ini, diatas kempen menjana ekonomi muslim, kami akan menyertai sebuah NGO di utara kedah menjalankan program jalan jalan masuk kampung. Kali ini lokasinya ialah di MEMALI, kedah.

jesteru, kepada yg ingin menyertai atau ingin menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas bolehlah hubungi saya di talian 019 4735696.

semoga ibadat kita diterima oleh allah swt...


salam ukhwah dari saya,

mohd sukor abdullah,
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Saturday, June 26, 2010

Pencuci Lantai

Assalamualaikum,

Pencuci lantai keluaran kami diperkasakan dengan agen pembunuh kuman dan juga self dry. Tidak perlu lagi membilas selepas mencuci.

Dengan haruman pine ia mampu memberikan keselesaan dan menghindarkan bau busuk dan hapak selain membantu menghalau serangga seperti semut dan lalat.
Buat sementara waktu, kami hanya memasarkan pencuci lantai dalam kuantiti 10 liter dengan harga hanya rm35 sahaja.

Dengan keluaran pencuci lantai ini diharap dapat sedikit sebanyak memberikan pilihan alternatif kepada pengguna seperti suri rumah, kantin, pejabat dan juga kilang.

kepada rakan rakan yg berminat menggunakan pencuci lantai ini di pejabat dan kilang tempat bekerja, diminta hubungi saya untuk dihantar senarai sebut harga, penghantaran akan diuruskan oleh pihak kami.

untuk tempahan kegunaan sendiri, anda boleh emailkan kepada sukor_pencaktari@yahoo.com.my atau hubungi sukor - 0194735696

anda boleh memasukkan wang pembayaran di akaun maybank saya (152068643415-mohd sukor abdullah), emailkan no rujukan resit sebagai bukti pembayaran selain nama,alamat dan phone number).

penghantaran akan terus dibuat setelah urusan pembayaran selesai.

Semoga anda terus memberikan sokongan kepada produk keluaran kami demi untuk membantu menjana ekonomi muslim.

sokongan dari anda amat kami hargai, Semoga anda semua diberkati allah swt.

salam mesra,
Mohd sukor Abdullah
Managing director
Pencaktari Enterprise
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Monday, June 21, 2010

evolusi kopiah



Assalamualaikum,

sejak beberapa tahun lepas, nampaknya evolusi kopiah makin berkembang, pemakaian kopian putih/hitam yang jenis keras dan berlogo di sisi semakin meluas(kopiah seperti yg dipakai oleh arwah ustaz asri dalam video klip berzikir dalam astro oasis)
keistimewaan kopiah keras(kerana lapisan kain yg banyak menyebabkan ianya lebih keras dan nampak kemas) ialah rasa sedap ketika dipakai dan tidak merasa panas memakainya selain menampakkan sipemakai lebih kemas dan juga yakin.

dengan evolusi baru ini menyebabkan ramai tidak melepaskan peluang untuk memilikinya, tidak terkecuali diri ini.

alhamdulillah, kredit perlu diberi kepada pereka design nya kerana berjaya menarik minat golongan muslim untuk memakainya tambahan pula pemakaian kopiah ini adalah sunat didalam islam.

kopiah ini boleh didapati dari harga belasan hingga ke ratusan ringgit, bergantung pada kualitinya.

bersempena bulan puasa dan musim raya yang akan menjelang tiba x lama lagi, sebagai seorang usahawan saya melihat peluang perniagaan kopiah ini akan memberikan pulangan yang baik kepada sesiapa yang berminat untuk menjualnya.

kepada pemborong dan pengeluar kopiah jenis ini diminta berkongsi harga modal untuk rakan muslim yang berminat untuk berjinak jinak didalam bidang perniagaan mencubanya, mungkin bermula dari jualan kopiah pada bulan puasa dan musim raya ini akan lebih membukan peluang untuk mereka menjana ekonomi keluarga dan seterusnya akan terus menjualnya pada bulan bulan biasa.

kepada rakan yg pernah menjualnya, boleh juga berkongsi pengalaman apakah risiko dan apa saja pengalaman yg difikirkan berguna.

semoga dengan perkongsian ini akan membantu menjana ekonomi muslim ...insyaallah.

semoga kita dapat berkongsi ilmu disini.

regards,
Sukor Abdullah
0194735696

Tuesday, June 15, 2010

feedback terbaru pengguna pelembut pakaian syukur

Dibawah terdapat feedback dari pelanggan.........

Alhamdullillah...

sebelum ini saya hanya mendengar pengalaman orang.Hari ini saya sendiri merasakannya.Memang betul seperti yg diperkatakan oleh pengguna terdahulu (sdri latifah).

tempohari,setelah saya membaca pengalaman beliau, saya berminat utk mencuba.Memang baunya sangat wangi. Selain itu,setelah menggunakan pelembut pakaian syukur, tiada lagi habuk(terhasil dr benang baju) ketika melipat nak iron pun senang.

lebih membanggakan apabila jiran rumah bertanya bauan apa yg mewangi sehingga masuk ke rumah mereka.

hati siapa yg x seronok apabila mendapat pujian sebegini, dah la harga murah dari softlan, kualiti pula jauh lebih bagus.

tahniah kepada syukur.

suri rumah dari johor.


regards,
Sukor Abdullah
0194735696

Tuesday, May 25, 2010

Terima kasih kepada anda semua.

Assalamualaikum,

Untuk beberapa ketika ini, saya sedang giat berusaha untuk mengeluarkan beberapa produk baru, dan juga sedang mengenal pasti premis yg lebih sesuai untuk proses pembesaran pembuatan produk.

Diatas sebab tersebut, artikel dan perkembangan sedikit perlahan untuk dimuat turunkan didalam blog.

Ribuan terima kasih kepada pelanggan2 yg memberikan sokongan kepada syarikat kami. Tidak lupa juga kepada yg sentiasa mendoakan kejayaan syarikat ini demi menyahut seruan fardhi kifayah disamping membantu menjana ekonomi muslim.

Semoga anda semua juga berjaya didalam bidang yg diceburi..amin....


regards,
Sukor Abdullah
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Wednesday, February 3, 2010

feedback terbaru pengguna ideal slim


Salam,

bersama nie saya beri satu lagi feedback terbaru mengenai ideal slim,

"saya ada masaalah sukar untuk tidur malam, selalunya 2-3 jam tidur baru boleh terlena...bila siang hari...badan selalu rasa letih....
Bekerja sebagai technician di kilang elektronik kena banyak berdiri, kaki selalu rasa sakit dan gatal gatal (ada biji berair/cacar air).
saya cuba pakai ideal slim untuk lekatkan di kaki bagi mengeluarkan toksid dalam badan dan untuk membantu saya memudahkan tidur, alhamdulillah la...senang sangat saya tidur...sampai mimpi mimpi lagi....bangun pagi, kaki terasa ringan, sakit sakit kaki pun hilang....yang seronoknya lemak pun keluar di kaki...(macam tak percaya saya...ye la kat kaki pun ada lemak...) saya akan pakai lagi ideal slim nie...seronok rasanya bila tidur dengan nyenyak di malam hari....harap harap lepas nie penyakit kaki gatal/cacar air pun hilang la...."

technician kilang electronik di bayan lepas.

regards,
Sukor Abdullah
0194735696