Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Showing posts with label sabun pencuci pinggan. Show all posts
Showing posts with label sabun pencuci pinggan. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

salinan email feedback pengguna dari singapura....

Alhamdulillah puan,

Terima kasih kerana menggunakan produk keluaran kami,

Saya amat sanjung semangat puan, sanggup berkorban demi mendapatkan produk yang halal,semoga ianya akan dicontohi oleh segelintir pengguna muslim kita yang lain.

Saya akui masih wujud penyalahgunaan logo halal di Malaysia, namun ianya adalah kes terpencil yang mana mereka hanya meletakkan logo tersebut tanpa mendapat kelulusan dari jabatan yg berkenaan, kebanyakan mereka telah dikenakan tindakan hasil laporan dari pengguna prihatin dan pihak jakim telah mempertingkatkan pengawasan mereka bagi memastikan semua produk hanya memaparkan logo halal yang disahkan.


regards,

Sukor Abdullah



From:
To: sukor_pencaktari@yahoo.com.my
Sent: Fri, December 24, 2010 9:39:20 AM
Subject: Re:Re: SUDAH DI TERIMA


Baru hari ini saya pakai sabun pencuci pinggan mangkuk anda. Bau nya bagus dan fresh. Cuma saya beri beberapa hari lagi kalau ia sesuai untuk kulit tangan saya. Sebab tangan saya sensitive tak boleh pakai sabun pencuci sebarangan nanti menggelupas kulit jari jari. Kalau sabun anda gentle to the skin memang sesuai lah saya gunakan dan saya tak perlu untuk menggunakan jenama yang lain. Cecair pelembut sangat bagus. Bau nya saya suka. Saya akan terus pakai cecair pelembut buatan syarikat anda.

Jenama yang di usahakan oleh orang kafir is questionable. Takut kalau di campurkan dengan barang najis sebab itulah saya usahakan untuk mencari barang keperluan saya yang 100% halal walaupun saya tahu ia sukar di dapati.

Saya sudah menggunakan sabun mandi Thaharah. Dan barang cosmetic saya juga dari jenama halal yang di usahakan oleh Malaysia. Saya membeli nya melalui internet. Memang agak mahal melalui internet jika dibandingkan dengan harga barang itu sendiri, tapi sudah tidak dapat di elakkan jika saya benar benar mahu yang halal. Tapi sekarang ini di Malaysia, tanda halal sudah mula di ragukan sebab barang yang mengandungi najis ada chop Halal. Ini yang merungsingkan saya.

Thursday, October 8, 2009

sambutan pengguna terhadap produk keluaran muslim semakin membanggakan.


Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi kita masih lagi dipertemukan di sini, dalam suasana yang aman harmoni tanpa sebarang bencana alam dan juga peperangan, kita juga bersyukur kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan juga merayakan aidilfitri dengan aman tenteram.

kepada seluruh pelanggan keluaran syukur dan juga penyokong barang keluaran muslim amnya, saya sekai lagi ingin mengambil kesempatan di bulan yang baik ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya, teruskanlah niat murni anda untuk terus menyahut seruan fardhu kifayah, tanpa sambutan dan sokongan dari anda semua maka akan pupuslah golongan usahawan muslim ini.

untuk update terbaru produk keluaran syukur, alhamdullillah kami telah berjaya menambahkan lagi kawasan dan beberapa rundingan telah dibuat dengan pasaraya pasaraya berantai seperti pasaraya pokok sena, pasaraya hafifah dan sebagainya.

Alhamdullillah nampak gaya sabun pencuci pinggan mangkuk telah menjadi pilihan untuk pengguna muslim bagi mencuci pinggan mangkuk mereka, ini dapat dirasai oleh kami dengan graf jualan yang semakin melonjak naik sehinggakan kami terpaksa menambah kapasiti pembuatan bagi memenuhi keperluan semasa.

insayaallah, seiring dengan maklumbalas pengguna, akan kami tambah variasi warna didalam produk sabun thoharah.

dikesempatan ini, syabas juga di ucapkan kepada anda semua kerana terus menyokong produk keluaran muslim, setelah beberapa pemantauan dibuat, dilihat beberapa produk berjenama dimalaysia telah menurunkan harga, ini dipercayai kerana graf jualan mereka semakin menurun.

Jika dahulu pengguna terpaksa mendapatkan sebuah produk berjenama(cecair pencuci pinggan S#######) dengan harga rm6.20 (di sesetengah tempat), namun kini pengguna boleh mendapatinya dengan harga hanya rm4.60(disesetengah tempat).

Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada anda semua, teruskanlah menyokong produk keluaran muslim bagi menjana ekonomi kita bersama, moga dengan hasil keuntungan perniagaan kami, akan dapat kami gunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah disamping menyalurkan kepada golongan yang memerlukan sesuai dengan tuntutan agama kita.

Kepada pengguna baru, marilah kita bergabung bersama didalam menyahut seruan fardhu kifayah ini.

marilah kita memberikan sokongan kepada produk keluaran/yang diusahakan oleh usahawan muslim.



Sabun pencuci pinggan mangkuk thoharah, rm3.8 seliter.

sekian dari saya untuk anda semua,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

ikhlas dari
sukor abdullah,
pencaktari enterprise
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com




Thursday, June 18, 2009

Sabun pencuci pinggan mangkuk Thoharah





















Sabun pencuci pinggan mangkuk thoharan ini dikeluar dibawah keluaran syukur, ianya di hasilkan dari sumber sumber tumbuhan (material gred A) tanpa sebarang unsur unsur subahah khusus untuk kegunaan masyarakat islam di seluruh dunia.

Ianya juga dekeluarkan demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan memberikan variasi produk untuk pelanggan pelanggan muslim.

buat sementara waktu, sabun thoharah ini hanya dikeluarkan dengan pati lemon. Insyaallah seiring dengan waktu, kami akan menvariasikan lagi flavour flavour yang lain mengikut permintaan pelanggan.

harga runcit untuk seliter sabun thoharah ialah rm3.80

marilah kita bersama membantu menjana ekonomi ummah.

bolehkah saya menjadi agen barangan keluaran syukur?
Alhamdullillah, memang inilah salah satu tujuan penubuhan syarikat ini, sila hubungi sukor 019 4735696 untuk keterangan lanjut.

sukor Abdullah
0194735696