Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Wednesday, December 29, 2010

salinan email feedback pengguna dari singapura....

Alhamdulillah puan,

Terima kasih kerana menggunakan produk keluaran kami,

Saya amat sanjung semangat puan, sanggup berkorban demi mendapatkan produk yang halal,semoga ianya akan dicontohi oleh segelintir pengguna muslim kita yang lain.

Saya akui masih wujud penyalahgunaan logo halal di Malaysia, namun ianya adalah kes terpencil yang mana mereka hanya meletakkan logo tersebut tanpa mendapat kelulusan dari jabatan yg berkenaan, kebanyakan mereka telah dikenakan tindakan hasil laporan dari pengguna prihatin dan pihak jakim telah mempertingkatkan pengawasan mereka bagi memastikan semua produk hanya memaparkan logo halal yang disahkan.


regards,

Sukor Abdullah



From:
To: sukor_pencaktari@yahoo.com.my
Sent: Fri, December 24, 2010 9:39:20 AM
Subject: Re:Re: SUDAH DI TERIMA


Baru hari ini saya pakai sabun pencuci pinggan mangkuk anda. Bau nya bagus dan fresh. Cuma saya beri beberapa hari lagi kalau ia sesuai untuk kulit tangan saya. Sebab tangan saya sensitive tak boleh pakai sabun pencuci sebarangan nanti menggelupas kulit jari jari. Kalau sabun anda gentle to the skin memang sesuai lah saya gunakan dan saya tak perlu untuk menggunakan jenama yang lain. Cecair pelembut sangat bagus. Bau nya saya suka. Saya akan terus pakai cecair pelembut buatan syarikat anda.

Jenama yang di usahakan oleh orang kafir is questionable. Takut kalau di campurkan dengan barang najis sebab itulah saya usahakan untuk mencari barang keperluan saya yang 100% halal walaupun saya tahu ia sukar di dapati.

Saya sudah menggunakan sabun mandi Thaharah. Dan barang cosmetic saya juga dari jenama halal yang di usahakan oleh Malaysia. Saya membeli nya melalui internet. Memang agak mahal melalui internet jika dibandingkan dengan harga barang itu sendiri, tapi sudah tidak dapat di elakkan jika saya benar benar mahu yang halal. Tapi sekarang ini di Malaysia, tanda halal sudah mula di ragukan sebab barang yang mengandungi najis ada chop Halal. Ini yang merungsingkan saya.

No comments:

Post a Comment