Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Showing posts with label Pelembut pakaian syukur. Show all posts
Showing posts with label Pelembut pakaian syukur. Show all posts

Wednesday, December 29, 2010

salinan email feedback pengguna dari singapura....

Alhamdulillah puan,

Terima kasih kerana menggunakan produk keluaran kami,

Saya amat sanjung semangat puan, sanggup berkorban demi mendapatkan produk yang halal,semoga ianya akan dicontohi oleh segelintir pengguna muslim kita yang lain.

Saya akui masih wujud penyalahgunaan logo halal di Malaysia, namun ianya adalah kes terpencil yang mana mereka hanya meletakkan logo tersebut tanpa mendapat kelulusan dari jabatan yg berkenaan, kebanyakan mereka telah dikenakan tindakan hasil laporan dari pengguna prihatin dan pihak jakim telah mempertingkatkan pengawasan mereka bagi memastikan semua produk hanya memaparkan logo halal yang disahkan.


regards,

Sukor Abdullah



From:
To: sukor_pencaktari@yahoo.com.my
Sent: Fri, December 24, 2010 9:39:20 AM
Subject: Re:Re: SUDAH DI TERIMA


Baru hari ini saya pakai sabun pencuci pinggan mangkuk anda. Bau nya bagus dan fresh. Cuma saya beri beberapa hari lagi kalau ia sesuai untuk kulit tangan saya. Sebab tangan saya sensitive tak boleh pakai sabun pencuci sebarangan nanti menggelupas kulit jari jari. Kalau sabun anda gentle to the skin memang sesuai lah saya gunakan dan saya tak perlu untuk menggunakan jenama yang lain. Cecair pelembut sangat bagus. Bau nya saya suka. Saya akan terus pakai cecair pelembut buatan syarikat anda.

Jenama yang di usahakan oleh orang kafir is questionable. Takut kalau di campurkan dengan barang najis sebab itulah saya usahakan untuk mencari barang keperluan saya yang 100% halal walaupun saya tahu ia sukar di dapati.

Saya sudah menggunakan sabun mandi Thaharah. Dan barang cosmetic saya juga dari jenama halal yang di usahakan oleh Malaysia. Saya membeli nya melalui internet. Memang agak mahal melalui internet jika dibandingkan dengan harga barang itu sendiri, tapi sudah tidak dapat di elakkan jika saya benar benar mahu yang halal. Tapi sekarang ini di Malaysia, tanda halal sudah mula di ragukan sebab barang yang mengandungi najis ada chop Halal. Ini yang merungsingkan saya.

Friday, December 24, 2010

Kini dalam packing yang lebih sesuai...



Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah, setelah beberapa lama, kami berjaya mengeluarkan pelembut pakaian didalam packing komersial.

terima kasih kepada PERDA dan SIRIM diatas segala tunjuk ajar dan bimbingan, tidak lupa juga sokongan dari pengguna yang sering memberikan sokongan terhadap produk keluaran kami.

Semoga usahawan muslim akan terus berjaya mengorak langkah didalam menyahut seruan fardhu kifayah ini.
Pelembut pakaian syukur
1.8 liter/bag
RM5.90

regards,
Sukor Abdullah
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Tuesday, June 15, 2010

feedback terbaru pengguna pelembut pakaian syukur

Dibawah terdapat feedback dari pelanggan.........

Alhamdullillah...

sebelum ini saya hanya mendengar pengalaman orang.Hari ini saya sendiri merasakannya.Memang betul seperti yg diperkatakan oleh pengguna terdahulu (sdri latifah).

tempohari,setelah saya membaca pengalaman beliau, saya berminat utk mencuba.Memang baunya sangat wangi. Selain itu,setelah menggunakan pelembut pakaian syukur, tiada lagi habuk(terhasil dr benang baju) ketika melipat nak iron pun senang.

lebih membanggakan apabila jiran rumah bertanya bauan apa yg mewangi sehingga masuk ke rumah mereka.

hati siapa yg x seronok apabila mendapat pujian sebegini, dah la harga murah dari softlan, kualiti pula jauh lebih bagus.

tahniah kepada syukur.

suri rumah dari johor.


regards,
Sukor Abdullah
0194735696

Saturday, January 30, 2010

testimoni produk pelembut pakaian syukur

testimoni ini di ambil dari hantaran email oleh salah seorang pengguna produk keluaran syukur, terima kasih kepada pn Latifah (kak Pah) diatas kebenaran untuk saya postkan email ini ke dalam blog saya.

____________________________________________________________

Assalamu'alikum,
Agak lama juga saya bercadang nak menuliskan pengalaman dan penilaianan saya terhadap pelembut kain keluaran syarikat pecaktari enterprise a.k.a en.sukor seperti yg di iklan di egroups melayu-trade dan di http://muslimsprodu ct.blogspot. com/.
Awal bulan Disember saya telah menempah 10L pelembut kain warna biru. tak sampai seminggu sampai pesanan (pesan pun dah dekat hujung minggu-itu yg lewat agaknya). Saya dah beberapa kali menggunakannya ternyata baunya macam bau di kedai DOBI. Yang menarik hujung minggu yang baru lalu, ketika menyidai cadar jiran saya menegur " amboi sedapnya bau kain, sabun cuci apa?" Saya kata bukan sabun cuci tapi pelembut kain orang melayu yang belum ada jenama. Dan seterusnya saya ceritalah tentang produk ini, produk orang melayu tentunya boleh guna tanpa was-was , tanpa bahan meragukan. Cuma packing belum dikormesialkan.
Jiran saya pun nak cuba, tunggu pelembut kainnya habis nanti saya akan berikan sikit kepadnya untuk dicuba. Memang berbaloi kalau dapat dikekalkan harga seliter RM3 tak termasuk kos penghantaran. Kakak saya pun nak cuba juga katanya, pack 10L pun tak aperlah.. harap en sukor dapat beritahu kosnya termasuk courier service,. rasanya kalau surirumah yg yg berkeluarga besar pack10L tu memang ekonomi. Cuma nak tahu juga botol yang warna merah (di blog) tu cecairnya merah juga ker. Bau sama ker lain, kalau lain,next time kali saya nak cuba yg tu pula.
Saya nak cuba juga produk lain keluaran pencaktari .Kopi resdung tu kalau tak ada gamat saya boleh cuba, bila ada gamat tu, saya alergy. (ni bukan lawak mmg alergy, bengkak kulit boleh masuk hospital sekali lagi agaknya) .Satu lagi kan, saya terbaca kat blog en.sukor tu rencana 'khasiat kapur sireh".. eh eh macam pernah baca yer... kat mana yer, aik en sukor elok bagi link sumber rencana tu. Ehem2 nanti kena saman 10 juta tak berbaloi tau.... lawak jer. tapi elok berikan link ciplaknya yer. Siyan saya jenuh taip sendiri tu.
Nanti saya tulis khasiat sireh pula kat blog saya. en.sukor boleh link ke blog en.sukor lagi.. sekian wassalam.
regards,
Sukor Abdullah

Thursday, September 3, 2009

Pelembut pakaian keluaran syukur


Cecair pelembut pakaian syukur 10 liter
cecair pelembut pakaian syukur 5 liter( diatas sedikit masaalah, kandungan utk 5 liter tidak dikeluarkan lagi).

Alhamdulillah,
Satu lagi tuntutan fardhu kifayah telah dilaksanakan.....

Syarikat kami telah berjaya mengeluarkan softener untuk pakaian setanding kualitinya dengan jenama jenama gah yang telah lama berada di pasaran.

Buat permulaan, kami mengeluarkan softener berbau lavender.
Untuk makluman, softener ini berfungsi untuk melembutkan pakaian disamping membantu memanjangkan jangka hayat pakaian kita di samping memberikan bauan yang menyegarkan.

buat permulaan, softener ini akan dijual kepada pengusaha pengusaha dobi muslim yang berminat. Walau bagaimanapun, kepada orang perseorangan yang berminat mencuba, anda boleh membelinya dengan harga hanya rm3 seliter.(telefon untuk keterangan lanjut)

pesanan bolehlah dibuat melalui penghantaran email ke sukor_pencaktari@yahoo.com.my atau menghubungi saya di talian: 019 4735696.

kepada sesiapa yang mempunyai kenalan yang membuka pusat dobi, usaha anda untuk menyebarkan berita ini amatlah dialukan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Seiring dengan kempen menjana ekonomi muslim, kepada sesiapa yang berminat, saya juga amat mengalukan anda yang berminat menjual produk ini dengan anda sendiri.

marilah kita bersama berkempen menjana ekonomi muslim.


regards,
Sukor Abdullah
managing director.
pencak tari enterprise
019 473 5696