testimoni ini di ambil dari hantaran email oleh salah seorang pengguna produk keluaran syukur, terima kasih kepada pn Latifah (kak Pah) diatas kebenaran untuk saya postkan email ini ke dalam blog saya.
____________________________________________________________
Assalamu'alikum,
Agak lama juga saya bercadang nak menuliskan pengalaman dan penilaianan saya terhadap pelembut kain keluaran syarikat pecaktari enterprise a.k.a en.sukor seperti yg di iklan di egroups melayu-trade dan di http://muslimsprodu ct.blogspot. com/.
Awal bulan Disember saya telah menempah 10L pelembut kain warna biru. tak sampai seminggu sampai pesanan (pesan pun dah dekat hujung minggu-itu yg lewat agaknya). Saya dah beberapa kali menggunakannya ternyata baunya macam bau di kedai DOBI. Yang menarik hujung minggu yang baru lalu, ketika menyidai cadar jiran saya menegur " amboi sedapnya bau kain, sabun cuci apa?" Saya kata bukan sabun cuci tapi pelembut kain orang melayu yang belum ada jenama. Dan seterusnya saya ceritalah tentang produk ini, produk orang melayu tentunya boleh guna tanpa was-was , tanpa bahan meragukan. Cuma packing belum dikormesialkan.
Jiran saya pun nak cuba, tunggu pelembut kainnya habis nanti saya akan berikan sikit kepadnya untuk dicuba. Memang berbaloi kalau dapat dikekalkan harga seliter RM3 tak termasuk kos penghantaran. Kakak saya pun nak cuba juga katanya, pack 10L pun tak aperlah.. harap en sukor dapat beritahu kosnya termasuk courier service,. rasanya kalau surirumah yg yg berkeluarga besar pack10L tu memang ekonomi. Cuma nak tahu juga botol yang warna merah (di blog) tu cecairnya merah juga ker. Bau sama ker lain, kalau lain,next time kali saya nak cuba yg tu pula.
Saya nak cuba juga produk lain keluaran pencaktari .Kopi resdung tu kalau tak ada gamat saya boleh cuba, bila ada gamat tu, saya alergy. (ni bukan lawak mmg alergy, bengkak kulit boleh masuk hospital sekali lagi agaknya) .Satu lagi kan, saya terbaca kat blog en.sukor tu rencana 'khasiat kapur sireh".. eh eh macam pernah baca yer... kat mana yer, aik en sukor elok bagi link sumber rencana tu. Ehem2 nanti kena saman 10 juta tak berbaloi tau.... lawak jer. tapi elok berikan link ciplaknya yer. Siyan saya jenuh taip sendiri tu.
Nanti saya tulis khasiat sireh pula kat blog saya. en.sukor boleh link ke blog en.sukor lagi.. sekian wassalam.
regards,
Sukor Abdullah
No comments:
Post a Comment