Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Thursday, November 26, 2009

Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang-doa sudah dimakbul walau belum habis berdoa

Hari ini aku memulakan hari dengan sedikit kekurangan, bangun lambat untuk sembahyang subuh!!

mungkin kerana semalam semalam tertidur lambat, aku lewat untuk bersembahyang subuh. Tepat pukul 9.00 pagi, aku memulakan aktiviti biasa untuk menghantar produk keluaran syukur ke kedai kedai runcit berdekatan.

Dari sebuah kedai ke sebuah kedai, alhamdullillah sambutan pengguna amat menggalakkan, setiap kedai yang dikunjungi aku pasti menerima tempahan untuk produk sabun pencuci pinggan thoharah,cuma tinggal sebuah pasaraya di situ yang aku belum sempat kunjungi kerana waktu operasinya yang bermula pukul 10.00, mungkin x ada rezeki lagi kot..bisik hatiku , setelah habis kedai runcit di kawasan bertam putra, aku berpatah balik untuk menuju ke kawasan pokok sena, apabila matahari semakin meninggi aku baru sampai di kawasan taman perumahan koskam, kepala batas.

di sana ada sebuah kedai runcit yang dipunyai oleh orang melayu, begitu bangga aku melihat ramai pelanggan yang x putus putus masuk ke kedai tersebut. aku mengambil kesempatan yang ada untuk masuk dan meninjau produk produk aku.

alhamdulillah telah habis separuh produk aku di situ di beli oleh pelanggan namun aku dapati 4 botol sabun thoharah mengalami masaalah kualiti. Di waktu yang sama aku melihat seorang amoi sedang sibuk menyusun barang mereka di rak rak.

setelah membuat sedikit catatan, aku menunggu giliran di kaunter bayaran untuk memohon izin top-up produk ku dari pemunya kedai.

Aku menunggu sedikit lama dek kerana pelanggan x putus putus membayar barangan yang dibeli.

ketika sedikit lengang di kaunter, aku dengan berhemahnya terus menyapa pemilik kedai untuk top up barang,

"Tunggu lepas raya nanti!! sergah pemilik kedai tersebut kepadaku, terkejut jugak kenapa layanan yang terlalu kontra yang aku dapat, sedangkan aku bukannya ingin meminta derma atau memintanya berlari 400 meter di padang sekolah....tambahan pula ketika disergah, pelanggan sedang ramai di dalam kedai...semuanya terpinga pinga....

sebagai seorang muslim, aku tetap bersabar, niatku untuk mencari rezeki yang halal untuk menyara anak isteri di samping membantu menjana ekonomi muslim...jadi x sepatutnya aku memberi reaksi negatif kepadanya...mungkin juga beliau x mahu sebarang urusan jual beli pada masa kini..pujuk hati kecilku walau sedikit hairan jika x ingin berjual beli kenapa amoi tadi boleh memasukkan barangnya....

setelah itu...aku bertanya lagi...kali ini aku meminta izin untuk menukarkan produk ku yang mengalami sedikit masaalah kualiti dengan yang baru...selalunya urusan ini x memerlukan wang dan juga masa...hanya dengan green light oleh pemilik kedai..aku akan melakukan kerjaku sendirian.... namun...aku sekali lagi disergah...saya nak...lepas raya nanti...paham!!

sergahnya lagi dengan mata menyinga....

hati sedikit bercelaru aku terus meminta izin untuk meninggalkan kedai tersebut. semasa berlalu pergi dengan hati yang sidikit terkilan...aku terdengar di hujung telinga, beliau masih bebelkan aku..."orang dok kalut...dia pun nak kalut!" bentaknya...ketika itu panas juga ku rasa..kalau letak termometer di hatiku mungkin sampai 100 darjah celcius kot....kalau ikut hati mau saja bertukar jadi oltromen hehehe....lawak saja la...

ketika dalam kereta..fikiranku melayang jauh...memikirkan akan peristiwa tadi. kekadang terasa ingin terus menarik kembali produk ku di kedai tersebut...x perlu rasanya berurusan dengan orang sebegitu!! kata hati kecil ku...namun jauh di sudut hati kembali berdetik...sabar...sabar...perjuangan kita untuk memartabatkan ekonomi muslim masih jauh..ini hanya sedikit dugaan yang allah beri untuk kita menjadi lebih profesional di lain ketika....

selang beberapa lama..aku sampai ke destinasi seterusnya...aku seperti biasa melakukan kerjaku...melihat produk ku disamping membuat catatan akan barangan yang berkurangan dan seterusnya memohon izin top up barang dari pemilik kedai....dan begitulah seterusnya....semuanya seperti biasa membalas sapaan aku dengan mesra.....setelah selesai berurusan, aku pulang ke rumah...dipertengahan perjalanan aku melihat ada jalan baru yang belum pernah aku terokai...dan ianya melalui ke kawasan perumahaku....selepas memberi signal, aku membelok.

sepanjang perjalanan aku masih memikirkan peristiwa tadi...fikirku biarlah peristiwa itu menjadi pengajaran untukku lebih bersabar sambil itu...aku berdoa kepada yang maha pengasih lagi meha mengetahui,

'Ya allah, sesunguhnya engkaulah maha pengasih lagi maha penyayang, engkau lah jua yang maha mengetahui di atas segala seuatu yang berlaku, aku bermohon kepadamu ya allah, engkau tabahkan lah hatiku untuk mengharungi cabaran, engkau permudahkanlah segala urusanku ya allah, ya allah ya tuhanku...sesungguhnya aku ingin mencari rezeki yang halal dan ingin menjana ekonomi umat islam di daerah ku ini ya allah, jika sekiranya peristiwa tadi salah kakak itu, engkau buka kanlah hatinya untuk menyedari kesilapannya ya allah, dan sekiranya ketika peristiwa tadi memang salah ku ya allah, aku bermohon engkau utuskanlah makhlukmu untuk memberi tunjuk ajar kepadaku ya allah, amin...ya robbal a lamin..."

sambil berdoa aku keretaku meluncur laju melalui laluan yang belum pernah aku lalui, sampai satu ketika aku hampir kenal akan kawasan tersebut..

eh! ini kawasan bertam putra... rupanya jalan yang aku lalui tadi merupakan jalan pintas untuk ke pokok sena, alhamdulillah, hari ini aku belajar satu lagi jalan baru....setelah melewati kawasan bertam putra, alang alang sampai di situ aku singgah di pasaraya hafifah untuk menjalankan kerja kerjaku yang tadinya tertangguh.

setelah membuat catatan dan berurusan dengan pegawai bertugas, aku kembali kekereta untuk mengambil produkku, dalam hati aku berdoa supaya baki inventori di keretaku cukup untuk memenuhi tempahan yang dibuat.

alhamdulillah semua baki produkku hanya cukup cukup untuk tempahan tersebut, x ada satu pun berbaki atau berkurang, hatiku girang kerana berjaya menyelesaikan urusanku hari ini.

dalam perjalanan ke rumah fikiranku kembali ke peristiwa tadi..tiba tiba mataku berair sambil terus mengucapkan syukur ku ke hadrat ilahi,

jika pemilik kedai di taman koskam itu mengambil barangku..mungkin aku x dapat menjalankan urusanku di pasaraya hafifah, produk ku mesti masih berbaki dan aku juga mungkin x melalui jalan pintas tadi,

ya allah, sesungguhnya aku merasa hina dan malu kepadamu ya allah, walau aku terlewat menunaikan perintahmu untuk solat subuh di awal waktu, engkau tetap memakbulkan doaku.


sesungguhnya aku bersyukur kepadamu ya allah....

kepada rakan rakan muslim yang lain ambillah peristiwa ini sebagai iktibar, jalankanlah tanggungjawab kita untuk membantu menjana ekonomi muslim dengan berhemah, insyaallah bersesuaian dengan maksud ayat innallah hama as sobirin....sesungguhnya...allah bersama dengan orang yag sabar...


pen off,
sukor abdullah
pencaktari enterprise
0194735696.

Friday, November 6, 2009

Produk mengempiskan badan berteknologi tinggi keluaran muslim - Zuera idealslim

Zuera IdealSlim 100% NATURAL WEIGHT LOSS PATCH

Text Box: Diluluskan oleh kerajaan malaysia

Kegunaan


- Membakar, menyerap dan membuang lemak

- Membantu meningkatkan metabolisma dan menyahtoksin
- Menguatkan tenaga
- Membantu mengurangkan kesakitan, sakit kepala dan keletihan
- Mengurangkan tekanan


Kesan selepas memakai zuera ideal slim.

- Akan Menyerap sisa-sisa lemak & cecair.Anda akan melihat lender lemak pada patch selepas memakainya, teruskan memakai sehingga tiada kelihatan lendiran lemak.


- Mengikut kajian, zuera ideal slim product berupaya menyerap purata 1.7 – 1.8g sisa-sisa buangan(sekali pemakaian).


- Berkesan mengurangkan berat badan sehingga 4 kg untuk 1 sessi rawatan (10 hari untuk satu sessi

- Anda tidak akan mendapat side effect seperti sakit perut,muntah muntah serta cirit birit.


- Diuji secara saintifik dan klinikal. Menyeimbangkan pengurangan berat badan dan kesihatan tanpa kesan sampingan dan kesakitan.

Ujian Klinikal

Kadar keberkesanan: 90%
Penurunan ukurlilit pinggang 2.1 - 3.9cm : 53.3%
Penurunan ukurlilit pinggang > 4cm : 10%

Ujian Saintifik

Ujian ke atas ‘detox slimming patch’ yang telah digunakan dengan ‘ Dimension Biochemical Test Device’ mendapati :

Bahan-bahan terserap Cr: 13-14 kali ganda daripada kandungan biasa Cr dalam darah.
BUN: 1.6- 7 kali ganda daripada kandungan biasa BUN dalam darah.
Uric Acid: 2.1 kali ganda daripada kandungan biasa Uric Acid dalam darah

Kolesterol: 4.65mmol/l
Trigliserida: 8.57 mmol/l
LDL: 2.86 mmol/l

Kandungan di atas adalah tinggi berbanding kadar biasa dalam badan.

* Kadar Cr, BUN and Uric Acid adalah piawai standard untuk sisa metabolisma dalam sains perubatan Kolesterol, Trigliserida and LDL adalah unsur lemak dalam tubuh manusia.

Bahan Kandungan

Bamboo Vinegar, Radix Astragali, Radix Salviae Miltiorrhizae, Fructus Crataegi, Poria Cocos, Tourmaline, Dextrin

Cara Penggunaan

- Guna pelekat untuk melekatkan ‘Detox Slimming Patch’ .
- Ambil satu pelekat dan perlahan-lahan tanggalkan kertas.
- Ambil satu ‘Detox Slimming Patch’ dan letakkan ditengah pelekat. Pastikan bahagian bertulis menghadap permukaan pelekat.
- Tampalkan 2 ‘ Detox Slimming Patch’ di tapak kaki, dan / atau pusat.
- Untuk tapak kaki biarkan selama 10 – 12 jam setiap malam.
- Untuk di atas pusat lekatkan bermula dari pagi dan biarkan selama 24 – 36 jam. Tidak perlu guna selama 12 – 24 jam berikutnya. Ulangi turutan di atas.
- Kawasan tampalan hendaklah bersih dan kering.
- Pastikan kawasan tampalan bebas dari losyen, krim atau minyak untuk pelekatan yang baik.
- BMI>25: Lekatkan ditapak kaki DAN di atas pusat selama 10 hari untuk satu sessi rawatan.
- BMI<25: Lekatkan ditapak kaki ATAU di atas pusat sekali untuk setiap 3 hari bagi memastikan berat ideal.

Amaran

Perempuan mengandung, perempuan menyusu, pesakit diabetes, pesakit jantung dan tiroid yang serius tidak digalakkan menggunakan ‘Detox Slimming Patch’ tanpa kebenaran dan pengawasan doctor. Anda dinasihatkan berjumpa doctor sebelum memulakan sebarang program pelangsingan. Tidak digalakkan untuk kanak-kanak 18 tahun ke bawah. Jangan tampal di atas luka. Jangan dimakan.

Ingredients

Bamboo Vinegar, Radix Astragali, Radix Salviae Miltiorrhizae, Fructus Crataegi, Poria Cocos, Tourmaline, Dextrin

Bamboo Vinegar
- Has a powerful abilities to assist in the discharge of unnecessary waste matter and toxins from the human body.

2. Radix Astragali
- It is used in the treatment of spleen and stomach 'qi' deficiency.
- Improves the immune system.
- Diuretic
- Effects on Cardiovascular system: it helps to control blood pressure.
- Anti inflammatory effects: it reduces pain in arthritis.
- Anti-stress effects: it has tranquilising effects.

3. Radix Salviae Miltiorrhizae
- It regulates the blood circulation.
- Excellent for various gynecological disorders caused by blood stagnation such as irregular menstruation, amenorrhea, dysmenorrhea, mass formation in the abdomen & postpartum abdominal pain.
- Helps treat chest, epigastric & abdominal pain eg. treats pain and stifling sensations in the chest & epigastric areas.
- Traumatic injuries: It invigorates blood circulation to treat arthritis or traumatic injuries such as pain, bruise and swelling.
- It decreases swelling of sores and abscesses.

4. Fructus Crataegi
- It has digestant action: Stimulates digestion & promotes the functional activity of the stomach.
- It treats epigastric distension, diarrhea, abdominal pain and colic, and hyperlipemia.

5. Poria Cocos
- It induces diuresis, excretes dampness, invigorates the spleen & tranquilises the mind.
- Used in the treatment of insomnia, restlessness, fatigue, sleep disorders, tension & nervousness.

6. Tourmaline
- Used to induce positive thoughts, balance the endocrine system, promote sleep and relaxation.

ORDER PROCESS

1.Request quantity(call sukor - 0194735696)
2. Invoice will be send
3. Make payment and email, fax or sms payment details.
4. Delivery

PAYMENT

Bank Transfer
a) Maybank

DELIVERY

a) Registered Parcel
- Free with purchase over RM100
Otherwise, a fee of RM4 will be added to the total purchase
- Delivery time: up to 7 days

b) Pos Laju
- First 500gm : RM 4.50
- Next 250gm : Add RM 1 for weight up to 2kg
- Delivery time : 2 to 3 days

doa untuk kelazatan dan tahan lama produk/makanan

Assalamualaikum,

Minggu lepas saya mendapat satu doa yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Dengar cerita doa ini juga diamalkan oleh pekerja halalgel ketika proses pembuatan produk produk mereka.(tahniah kepada halalgel dan HPA kerana implemenkan perkara yang baik nie untuk pekerjanya..insyaallah nanti kilang syukur pun akan melakukan perkara yang sama...amin...)

doa tersebut bersesuaian untuk kaum ibu yang memasak dirumah dan juga pengusaha pengusaha produk tak kisah la makanan ka, ubatan ka, herba kaapa ka....

yang pasti, doa tersebut untuk memohon kepada allah supaya produk kita tu tahan lam dan juga lazat.

Ni ayatnya, ada page satu dan page dua (satu doa).


(kalau nak attachment sila email personally di sukor_pencaktari@yahoo.com.my, kepada yang berkemampuan menyalin kembali doa ini ke dalam word atau softcopy, mintak sendkan kepada saya supaya kita boleh berkongsi doa ini untuk kesejahteraan hidup kita.)

lepas nie x payah dh pakai pelaris ka apa ka...pi tauk buang semua tu..kurafat.

"hanya kepada engkau kami menyembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan" ayat kelima dari alfatihah.


marilah kita bersama membantu menjana ekonomi muslim.

regards,
Sukor Abdullah.
0194735696

Telor tertera tulisan menyerupai kalimah allah di kedah


Assalamualaikum,

Sejak dua menjak nie selain dari isu politik, isu sejadah berdiri solat heboh di perkatakan di dada akhbar, kebanyakannya terjadi di utara semenanjung malaysia tercinta.

Pelbagai feedback yang diberikan....ada yang kata ianya adalah amaran dari tuhan yang maha esa, ada yang kata orang yang tak bertanggungjawab yang melakukannya(nak publisiti murahan tanpa mengambil kira apa kesannya) dan lain lain lagi...

Dalam pada itu, saya pernah update dalam blog (minggu lepas) mengenai tulisan kalimah dan potongan ayat ayat alquran yang tertera di anggota badan seorang bayi bernama ali yang dilahirkan di negara rusia, fenomena itu mendapat liputan meluas sehingga persatuan mufti rusia sepakat mengatakan ianya sebagai amaran allah kepada seluruh umat islam di rusia(rujuk artikel bertajuk "amaran allah terhadap seluruh umat islam).

fenomena begini bukan baru berlaku, jika dilihat di RTM ketika menyiarkan azan, mereka juga memaparkan beberapa gambar "pelik" yang pernah dirakamkan seluruh dunia yang berkaitan akan keagungan allah yang maha esa.

Namun, minggu lepas...ketika saya menghantar sabun thoharah di sebuah kedai di bandar darulaman kedah, kebetulan buku bill saya telah habis.

Oleh yang demikian, saya bersama isteri pergi di sebuah pasaraya berdekatan untuk mendapatkannya, semasa di pasaraya terbabit...mak saudara saya memesan untuk kami tolong membelikan telor untuknya.

keesokan harinya suasana menjadi heboh!

mak saudara saya datang ke kampung sambil membawa sebiji telur yang mengandungi tulisan menyerupai kalimah allah!!

tergamam saya seketika setelah melihat gambarnya sendiri(mak saudara telah pulang pada ketika itu). Sambil terfikir adakah telor terbabit adalah telur yang dibeli oleh saya, puas semalaman saya memikirkan didalam hati akan apakah itu satu petanda yang perlu direnungkan sejauh jauhnya atau hanya sekadar kebetulan. Habis la dok muhasabah diri apakah keburukan dan kebaikan yang saya pernah lakukan.

untuk lebih mendalam, saya dan isteri pergi sendiri ke rumah mak saudara saya untuk melihat sendiri akan keajaiban telor tersebut.
ternyata benar...di kulit telor terbabit tertera tulisan yang menyerupai kalimah allah (satu besar dan satu kecil sehinga memerlukan kanta pembesar untuk meneliti tulisannya)

sambil tu saya pun bertanyalah untuk kepastian adakah telor itu adalah telor yang dibeli oleh saya tempohari?
menurut penjelasan mak saudara saya, telor tersebut adalah simpanan beliau yang lalu(stok lepas yang tinggal dua tiga biji lagi nak habis)

ketika beliau mencuci telor untuk memasak(untuk makluman...telor perlu dicuci sebelum memasak untuk membuang sisa najis) beliau ternampak satu tompokan putih...disangkakan taik ayam..namun setelah beberapa lama menyental namun masih x keluar.

apabila diteliti ternyata putih tersebut menyerupai kalimah allah.

kepada anda semua, saya paparkan beberapa gambar untuk tatapan anda, mungkin tulisan di telor ini terjadi secara kebetulan dan mungkin juga ianya adalah satu petanda dari allah yang maha esa..

namun walau apapun, tidak rugi jika kita mengambilnya sebagai satu iktibar untuk kita mendekatkan diri kepada allah yang maha esa.

terlalu banyak kemungkaran yang berlaku bukan saja di seluruh dunia namun di sekeliling kita. oleh yang demikian, saya menyeru kepada diri sendiri dan anda semua...,marilah kita terus mendekatkan diri kepada allah yang maha esa, bersamalah kita membantu mencegah kemungkaran dan membantu mengamalkan apa yang di suruh oleh allah yg maha esa.


p/s: marilah kita bersama membantu menjana ekonomi muslim kerana ianya adalah salah satu dari tuntutan fardhu kifayah.

regards,
Sukor Abdullah
0194735696