Assalamualaikum,
Sejak dua menjak nie selain dari isu politik, isu sejadah berdiri solat heboh di perkatakan di dada akhbar, kebanyakannya terjadi di utara semenanjung malaysia tercinta.
Pelbagai feedback yang diberikan....ada yang kata ianya adalah amaran dari tuhan yang maha esa, ada yang kata orang yang tak bertanggungjawab yang melakukannya(nak publisiti murahan tanpa mengambil kira apa kesannya) dan lain lain lagi...
Dalam pada itu, saya pernah update dalam blog (minggu lepas) mengenai tulisan kalimah dan potongan ayat ayat alquran yang tertera di anggota badan seorang bayi bernama ali yang dilahirkan di negara rusia, fenomena itu mendapat liputan meluas sehingga persatuan mufti rusia sepakat mengatakan ianya sebagai amaran allah kepada seluruh umat islam di rusia(rujuk artikel bertajuk "amaran allah terhadap seluruh umat islam).
fenomena begini bukan baru berlaku, jika dilihat di RTM ketika menyiarkan azan, mereka juga memaparkan beberapa gambar "pelik" yang pernah dirakamkan seluruh dunia yang berkaitan akan keagungan allah yang maha esa.
Namun, minggu lepas...ketika saya menghantar sabun thoharah di sebuah kedai di bandar darulaman kedah, kebetulan buku bill saya telah habis.
Oleh yang demikian, saya bersama isteri pergi di sebuah pasaraya berdekatan untuk mendapatkannya, semasa di pasaraya terbabit...mak saudara saya memesan untuk kami tolong membelikan telor untuknya.
keesokan harinya suasana menjadi heboh!
mak saudara saya datang ke kampung sambil membawa sebiji telur yang mengandungi tulisan menyerupai kalimah allah!!
tergamam saya seketika setelah melihat gambarnya sendiri(mak saudara telah pulang pada ketika itu). Sambil terfikir adakah telor terbabit adalah telur yang dibeli oleh saya, puas semalaman saya memikirkan didalam hati akan apakah itu satu petanda yang perlu direnungkan sejauh jauhnya atau hanya sekadar kebetulan. Habis la dok muhasabah diri apakah keburukan dan kebaikan yang saya pernah lakukan.
untuk lebih mendalam, saya dan isteri pergi sendiri ke rumah mak saudara saya untuk melihat sendiri akan keajaiban telor tersebut.
ternyata benar...di kulit telor terbabit tertera tulisan yang menyerupai kalimah allah (satu besar dan satu kecil sehinga memerlukan kanta pembesar untuk meneliti tulisannya)
sambil tu saya pun bertanyalah untuk kepastian adakah telor itu adalah telor yang dibeli oleh saya tempohari?
menurut penjelasan mak saudara saya, telor tersebut adalah simpanan beliau yang lalu(stok lepas yang tinggal dua tiga biji lagi nak habis)
ketika beliau mencuci telor untuk memasak(untuk makluman...telor perlu dicuci sebelum memasak untuk membuang sisa najis) beliau ternampak satu tompokan putih...disangkakan taik ayam..namun setelah beberapa lama menyental namun masih x keluar.
apabila diteliti ternyata putih tersebut menyerupai kalimah allah.
kepada anda semua, saya paparkan beberapa gambar untuk tatapan anda, mungkin tulisan di telor ini terjadi secara kebetulan dan mungkin juga ianya adalah satu petanda dari allah yang maha esa..
namun walau apapun, tidak rugi jika kita mengambilnya sebagai satu iktibar untuk kita mendekatkan diri kepada allah yang maha esa.
terlalu banyak kemungkaran yang berlaku bukan saja di seluruh dunia namun di sekeliling kita. oleh yang demikian, saya menyeru kepada diri sendiri dan anda semua...,marilah kita terus mendekatkan diri kepada allah yang maha esa, bersamalah kita membantu mencegah kemungkaran dan membantu mengamalkan apa yang di suruh oleh allah yg maha esa.
p/s: marilah kita bersama membantu menjana ekonomi muslim kerana ianya adalah salah satu dari tuntutan fardhu kifayah.
regards,
Sukor Abdullah
0194735696
No comments:
Post a Comment