Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, September 7, 2010

KMEM: jalan jalan masuk kampung edisi bulan ramadhan

alhamdulillah...didalam bulan ramadhan ini, syarikat kami bersama dengan sukarelawan sukarelawan lain dibawah anjuran NGO WARGAKILANG telah menjelajah kebeberapa kawasan pendalaman untuk menyalurkan sumbangan peribadi dan juga sumbangan dari rakan rakan yg x dapat turut serta....

ada 3 sesi jalan jalan masuk kampung, iaitu pada 29, 31 august dan terakhirnya pada 5 sept.
sekalung tahniah diucapkan kepada hardcore hardcore NGO WARGAKILANG kerana berjaya menganjurkan program ini dengan jayanya. Saya mendoakan moga usaha murni anda semua ini akan diberkati allah swt.

kepada penyumbang yg hanya menyumbang dari jauh( tak dapat turut serta kerana faktor masa,lokasi dan lain lain) alhamdulillah, kami telah menjalankan amanah yg diberi, majoriti semua penerima sumbangan menitiskan airmata tanda terimakasih dan terharu mereka juga mendoakan semua penyumbang moga dirahmati allah selalu...moga doa mereka diperkenankan olehNya...amin....

diantara kesemua program yg dijalankan, saya hanya sempat turut serta pada program yg terakhir, menurut wakil NGO, penyertaan program pada 5 sept ada kemuncaknya kerana mendapat penyertaan yg paling ramai, dianggarkan sebanyak 33 buah kenderaan yg turut serta (tidak termasuk lori untuk membawa lebihan barang sumbangan yg x muat dalam kereta). Perlbagai peringkat umur yg menyertai dan dilengkapi dengan kawalan trafik(sukarelawan).

ada yg datang bersama kenalan dan ada juga yg membawa anak isteri....(ada juga yg isteri bawak suami...hehehe)

Sebanyak 41 keluarga menerima bantuan. Untuk menjimatkan masa, seramai 30 keluarga (miskin dan warga emas) menerima bantuan melalui majlis penyaluran sumbangan yg diadakan dalam sebuah warong tepi jalan (diatas ehsan pemilik warong) dan sesetengah keluarga diberikan secara touch n go (hanya sebijik kereta yg masuk ke rumah memberikan sumbangan (konvoi yg lain menunggu di tepi jalan)

perjalanan dimulakan sekitar pukul 9 pagi selepas taklimat/bacaan doa dan sukarelawan bertolak pulang sekitar pukul 5 ptg.


menjelajah masuk ke pendalaman seolah merentasi masa ke masa lampau...dengan melihat sendiri kedaifan mereka....selain merasa sebak kekadang hati ini seperti tak percaya..setelah 53 tahun kita merdeka, masih ada yg hidup dalam serba kadaifan seperti ini....

antara rumah yg dilawati majoritinya tiada bekalan air dan elektrik....bayangkanlah bagaimana diwaktu panas terik....bagaimana diwaktu malam hari? nak mandi? nak masak?

ada setengah rumah tu...saya puas pusing dok cari "jamban"..tapi x jumpa...kena tengah malam mai rasa nak melabur...tang mana lah kaunternya ek....

tengah dok cari "jamban" terasa pulak nak buang air kecil...pi la kat bilik air...emmm tengok aja keadaan bilik air...terus saya batalkan niat....wait..! wait..! bukan belagak...tapi sebab nak menjaga keharmonian.....bilik air tu ada dinding yg dibuat dr atap nipah...ada la setinggi dada....pintu x dak...lubang merata ceruk.,...kalau ada yg mengerling pasti nampak....huhuhu kang ada yg pengsan nanti....

mungkin untuk orang dewasa, depa boleh tahan...namun bagaimana pulak nasib bayi yg menghuni rumah itu?

masih terngiang di kelopak telinga akan pertanya anak sukarelawan yg turut serta...." betul ka ini rumah mereka abah?" tanya sianak kepada bapanya....seakan tidak percaya akan apa yg dilihatnya ....

berikut antara gambar yg sempat dirakam...

sekitar persediaan menyusun barangan bantuan.

deretan susunan nombor kenderaan yg berkonvoi


sesi taklimat lokasi yg akan ditujui






Lokasi pertama, rumah anak yatim piatu

"Toilet"...bayangkan dinding paras pinggang jer...untuk pedoman kepada yg manda x pakai kain basah...
senapang terung belanda...last main 19ntahun yg lepas...anak anda besa pegang tak senapang nie?
pakay dok bawah..takut lantai runtuh...

denai lebih kurang 100 meter....

lokasi seterusnya...

toilet nie lagi daif...dinding pun x cukup....sekadar mengambil pedoman....seolah kita kembali ke 20 tahun sebelum....


sekitar majlis penyerahan barang bantuan ke warga emas dan miskin...

rumah yang tiada bekalan air dan elektrik
elektrik pun x ada...macammana nak masak sahur ek?
tirai tingkap bilik tidur

rumah diperbuat sendiri dari buluh...elektrik dan air pun x ada...


destinasi terakhir...rumah seorang yang selalu ke masjid berjemaah, kami gotong royong pasangkan lampu dapur dan rumah untuk kemudahan beliau membaca alquran di malam hari...


sambil berehat dok nampak pokok cenderai...teringat masa kecik dok main caplom....mungkin ramai yang sudah x kenal apa itu caplom...kan...

sekian dahulu coretan, mohon maaf kerana sebahagian gamba sahaja yg dapat diuploadkan ....

terima kasih kepada yg memberi sumbangan melalui aktiviti ini, alhamdulillah...amanah anda telah kami laksanakan...

kepada pengguna produk keluaran syukur, jutaan terima kasih juga kepada anda...dengan sokongan dari anda dapatlah saya mengagihkan sedikit keuntungan syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan...

semoga kita sama maju jaya demi membantu menjana ekonomi muslim...insyaallah