Untuk keterangan lanjut,

Wednesday, July 29, 2009

Pahala mentaati ibu bapa melebihi jihad fisabilillah


Tuesday, 28 July 2009

Dr.Juanda Jaya

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. " – (Surah Al-Isra' ayat 23)

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua.

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

doa yang boleh diamalkan jika terjadi fenomena penyakit menular.

doa ketika terjadi wabak

Wednesday, July 22, 2009

CARA MELIHAT KASUT KULIT BABI

Salam,

sejak kebelakangan ini, telah banyak kes golongan muslim yang terbeli barangan kulit dari kulit babi, even wife saya sendiri telah3 kali terbeli kasut yang di perbuat dari kulit babi ini.

hasilnya, saya lebih berhati hati ketika menemani isteri tercinta ketika membeli kasut, terlanjur dengan itu, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dapat ini dengan seluruh umat muslim bagi mengelakkan anda semua terguna barangan yang diperbuat dari kulit babi ini. semoga ada manafaatnya dan saya juga ingin menyeru kepada anda semua supaya sampaikan ilmu ini kepada rakan rakan yang lain.
________________________________________________________________________________________________
Banyak barangan kulit dipasaran terutama yang berselindung di sebalik harga murah diperbuat dari KULIT BABI. Antara barangan tersebut seperti kasut terutama kasut kanak-kanak.

Berhati-hatilah. Boleh guna panduan dibawah untuk mengenali kulit babi. Lepas tu balik check semua barangan kulit kita.





Tengok pada bintik-bintik 3 seperti segitiga.

Kebimbangan: Jutawan Bankrap Bangkit Semula Dengan Menjual Sandwich di Jalanan


Tidak semua orang boleh dan mampu menghadapi kenyataan. Inikan pula pernah bergelar jutawan dan jatuh bankrap. Selepas kejatuhan, si kaya mencari-cari apakah yang patut dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Adakah bekas jutawan harus ke pejabat Kebajikan Masyarakat menagih simpati untuk sesuap nasi? Ataupun, pergi ke jalanan meminta-minta dari orang ramai?
a
Bagaimana pula jika mereka memulakan kehidupan baru dengan berniaga semula? Meminjam dari bank untuk memulakan usaha baru. Boleh ke? Jika telah disenaraikan sebagai bankrap, tiada sebuah bank pun yang ingin melayannya. Mampukah bekas jutawan memulakan sesuatu yang kecil-kecilan di jalanan seperti menjual sandwich? Saya percaya, tidak ramai bekas jutawan atau jutawan sedia ada yang mampu menjual di jalanan. Malu... segan... apa pula pandangan orang dan pelbagai alasan lagi.
a
Tahukah anda bahawa seorang tycoon 'multi millionnaire' di Thailand yang berkecimpung di dalam bidang broker saham dan meningkat naik menjadi pemaju hartanah mewah telah jatuh bankrap semasa Krisis Ekonomi Asia1997/1998. Sirivat Voravetvuthikun bangkit semula dengan menjual sandwich di jalanan dengan menyandang sebuah kotak sandwich seberat 12 kilogram di bahu.
a
Latarbelakang
Sirivat dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan mendapat pendidikan tinggi di dalam bidang pengkhususan kewangan dari University Texas at Austin, US. Beliau bergraduat dari universiti tersebut dalam tahun 1973 pada usia 26 tahun. Setelah bergraduat, beliau memulakan kariernya sebagai broker saham di firma broker terbesar di Thailand. Di usia muda, Sirivat menetapkan sasaran dan impian untuk menjadi jutawan pada usia 26 tahun, tetapi hanya mengecapinya pada usia 35 tahun.
a
Sirivat adalah seorang yang gigih dan berusaha keras untuk mencapai apa yang diimpikannya. Dengan kecerdikan dan usaha gigihnya, beliau telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengarah urusan. Usahanya telah membuahkan pulangan yang besar kepada syarikat dan pelanggan-pelanggan nya. Tidak puas dengan apa yang diperolehi, Sirivat menjadi pengurus dana persendirian. Dalam masa yang pendek, beliau menjadi ahli perniagaan yang kaya raya dan menubuhkan syarikat pemaju hartanah yang dikenali sebagai Tong Gween yang membangunkan kondominium.
a
Nasib Tidak Menyebelahinya
Sirivat memulakan projek meganya dalam tahun 1993 dengan membina kondominium mewah yang berharga 9 juta dollar di Bangkok. Namun, beliau menghadapi masalah besar apabila kegawatan ekonomi melanda Thailand dalam tahun 1996. Pada ketika ini, komplek kondominiumnya masih di dalam pembinaan. Keruntuhan ekonomi, peningkatan kadar faedah (hingga 21%) dan kelemahan nilai matawang Bhat telah menyumbang kepada kegagalan syarikatnya. Tambahan pula, hanya sebahagian kecil unit-unit kondominiumnya yang telah terjual pada masa itu.
a
Pada masa ekonomi melonjak, pelbagai bank mengetuk pintunya untuk memberikan pinjaman dan wang pendahuluan. Seperti biasa, apabila masalah melanda dan ekonomi tidak baik, bank akan segera menutup pintu dan yang lebih buruk lagi bank akan mendesak peminjam-peminjam berisiko untuk membayar semula pinjaman. Ini adalah perkara biasa di dalam dunia perbankan.
a
Masalah ini telah menggugat yakin diri beliau. Sirivat terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Bukan sahaja dibebani hutang yang berjumlah lebih USD30 juta, Sirivat terpaksa berhadapan dengan 40 orang kakitangan yang bernaung di bawah pentadbiran beliau. Bagaimana ingin memberitahu mereka bahawa zaman kegemilangan telah berakhir? Bagaimana untuk memberitahu mereka dua pilihan yang terpaksa dibuat iaitu sama ada terus berkhidmat di bawah pentadbirannya tetapi di dalam arena lain, atau berhenti bekerja? Sirivat dilanda kebimbangan yang hebat. Beliau terpaksa berperang dengan yakin diri yang telah merosot ekoran masalah-masalah yang dihadapinya. Namun, kehidupan harus diteruskan. Wang harus disalurkan kepada 3 anaknya yang belajar di England dan New Zealand. Lantas, beliau, atas sokongan padu isterinya, Vilailuck, membuat keputusan untuk menjual sandwich di jalanan.
a
Memulakan Hidup Baru
Bak kata pepatah "Teman ketawa ramai dan senang dicari, teman menangis susah dicari", begitulah juga dengan 40 orang kakitangannya. Hanya 20 orang sahaja yang sanggup untuk mengharungi zaman sukar bersama-sama Sirivat. Beliau berhadapan dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Sirivat, mahupun isterinya bukan tukang masak yang mahir dan juga tiada modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan yang baru ini. Namun, atas desakan hidup, keluarga baru ini membuat keputusan untuk mengharungi segala onak duri bersama. Dengan azam dan tekad di hati setiap ahli, Sirivat mengepalai perusahaan sandwich jalanan di tengah-tengah kota Bangkok.
a
Isterinya bersama pekerja-pekerja wanita menyediakan sandwich sehingga lewat malam dan Sirivat bersama pekerja-pekerja lelaki menjaja di jalanan dari satu kawasan ke kawasan lain. Sirivat berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana pada ketika itu menjual di jalanan memerlukan lesen khas. Pada hari pertama, perniagaan belia hanya mampu meraih 14 dollar (6 kotak sandwich).
a
Seperkara yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua peniaga diMalaysia dan serata dunia, baik perniagaan kecil mahupun perniagaan besar, iaitu etika berniaga yang menjadi pegangan Sirivat. Beliau mahukan pelanggannya mendapat yang terbaik. Segala lebihan perniagaan hari pertama tidak di 'recycle' untuk menjadi barang jualan hari kedua. Sebaliknya, lebihan barang niaga pada sesuatu hari akan di makan atau diberikan kepada pusat-pusat kebajikan. Maka, makanan segar dihidangkan setiap hari yang dapat menjadi tarikan kepada pelanggan untuk kembali membeli sandwichnya. Janganlah disebabkan takut kerugian, peniaga akan menjual semula makanan yang tidak laku pada hari sebelumnya. Ini akan menyebabkan pelanggan tidak membuat belian ulangan. Pelanggan pada masa kini adalah bijak dan tidak mudah ditipu dengan sewenang-wenangnya.
a
Perniagaan Sirivat meningkat saban hari dan pada masa ini beliau mengembangkan perniagaannya dengan menambah barisan produk yang termasuk sushi. Beliau juga memiliki beberapa restoran, perkhidmatan katering, buku dan ceramah motivasi dan penghantaran produk-produk jualannya.
a
Kata-Kata Semangat
Sirivat pernah berkata "My father was rich but I was richer until I failed at 48". Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang sanggup mengakui kelemahan dan kegagalan. Bukan mudah untuk mengakui kelemahan dan kegagalan terutamanya di khalayak ramai. Menurut beliau "If a person accepts failure and uses that as a lesson instead of wallowing in depression and self pity, he may fail again but not the third or fourth time."
a
Sirivat berkata "Many times I felt like giving up but my wife kept me going with her support and motivation".
a
Beliau sering memberi semangat kepada anak buahnya dengan bersama-sama berniaga di jalanan dan berkata "Never, never give in. Never look down on small businesses." Beliau yakin dengan berpendirian dan inovatif, setiap insan dapat meraih kejayaan peribadi. Nasihat Sirivat kepada anak muda, pelajar-pelajar ialah 'jangan menunggu kerja untuk datang kepada mereka, sebaliknya carilah peluang dan bersedia untuk berusaha keras'.
a
Tough times don't last, tough people do.

Misteri Batu Hajar Aswad


Oleh : Wan Sanusi Wan Ali

Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian
Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata : "Planet
Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?."

Para astronot telah menemukan bahwa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara resmi mereka mengumumkannya di Internet,tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut ghaib yang sepertinya ada alasan tersembunyi dibalik penghapusan website tersebut.

Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka'Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka'Bah di di planet Bumi dengan Ka'bah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama 'Zero Magnetism Area', artinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali karena daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sehat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Ka'Bah, maka seakan-akan diri kita di-charged ulang oleh suatu energi misterius dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya mengungkapkan bahwa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga bisa mengambang di air. Di sebuah musium di negara Inggris, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Ka'Bah ) dan pihak musium juga mengatakan bahwa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Jami al-Tirmidzi al-Hajj (877) )
Haaa....ni kisah menarik nih, walau apa pun....sila lah kaji sendiri...semoga kita akan nampak akan keagungan ciptaan allah swt. !

Citer dia camni ......
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana
mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Apa khasiat kapur sireh ?



Sekapur sireh seulas pinang, begitulah ungkapan yg biasa didengar dalam pantun , peribahasa atau ayat ayat seni yang lain. Seolah-olah kapur dan sireh tak dapat dipisahkan, jika dipisah pincanglah ia. Sememangnya kapur selalu berganding dengan sireh dan dikunyah bersama gambir sebagai makanan kudap-kudapan masyarakat India dan sebahagian masyarakat Melayu zaman dahulu.

Kini sudah jarang benar kita melihat kaum wanita khasnya, makan sireh. Kalau hendak melihatnya kenalah buka VCD filem filem lama. Mungkin filem tamil/hindutan masih lagi memaparkan kegiatan makan sireh bercalit kapur. Apa khasiatnya kepada kesihatan mulut? yg pasti mulut akan menjadi merah, berasa pedas (sireh) dan sedikit payau (rasa gambir).

Hairan juga kenapa makan yg begini menjadi suatu latihan mulut bagi masyarakat dahulu kala. Mungkin kerana kaum wanita dahulu tidak berkerja di Pejabat, maka untuk melengah masa mereka makan sireh. Bayangkan jika wanita kini terutama yg menjaga kaunter , makan sireh sambil bertugas.


Berapa ramai pula antara kita yang biasa menggunakan kapur sireh dalam masakan atau perubatan? Atau mungkinkah generasi baru kini sudah tidak pernah melihat kapur sireh jauh sekali untuk mengambil tahu akan khasiat dan kegunaannya. Sebenarnya terdapat beberapa khasiat dan kegunaan kapur yg mungkin kita tak tahu. Antaranya yg saya dan keluarga saya selalu amalkan adalah seperti berikut :-

1-Khasiat Untuk Kesihatan (ubat sapuan luar)

1.1 Menghilangkan bengkak: Jika ada sebarang bengkak pada anggota badan seperti bengkak akibat digigit binatang, terkepit pintu atau kudis/jerawat yg sedang membengkak, sapukan saha kapu yg telah dilembutkan (direndam dgn air) di tempat yg bengkak. Biarkan sehingga kering, ulang jika perlu sehingga bengkak berkurangan. Jangan gunakan kapur ada permukaan yg luka (terbuka) kerana kapur kemungkinan akan mengakibatkan jangkitan kuman.

1.2 Mengurang jerawat : Sama ada jerawat yg sudah dipicit (parut) atau jerawat yg sedang membengkak, boleh disapukan dengan kapur secara nipis. InsyaAllah jerawat akan menguncup dan parut jerawat akan segera mengelupas dan menghasilkan kulit baru.Biasanya untuk jerawat elok dicampur bedak sejuk dan sedikit garam. Lebihkan bedak sejuk, contohnya jika sesudu bedak sejuk campurkan dengan secubit garam dan secubit kapur. Bancuh dengan air dan sapukan pada jerawat.

1.3 Mengurangkan bengkat lutut :Campurkan kapur dan asam jawa sama banyak. Sapukan pada lutut dan balut dengan kain. Gunakan amaun yg banyak lebih kurang segenggam kapur dan asam jawa untuk satu lutut.Biarkan hingga kering. Bengkak lulut/sendi akan berkurangan.

1.4 Menghilangkan ruam (akibat alahan): Sapukan kapur yg telah dicampur dengan air (campuran yg cair) dan sapu pada tempat yg bengkak atau beruam. Bekas gigitan nyamuk juga boleh disapu. Elakkan menyapu pada kulit bayi kerana mungkin akan mengelupas.

1.5 Menghilangkan kudis buta: Kudis buta ini ialah kudis yg biasanya dihidapi oleh kanak2 yg suka main tanah.Ia biasanya berair dan gatal. Kapur dicampur sedikit minyak dan di masak hingga berbuih.Biarkan suam dan sapukan pada kudis buta. Sapulah ketika kanak2 tidur kerana jika dia sedang jaga ramuan ini akan menyebabkan pedih .InsyaAllah kudis akan baik beberapa hari selepas diguna berulang kali. Ini adalah ikhtiar jika rawatan doktor tak dipat diusahakan.

1.6 Mengurangkan Batuk : Sapukan kapur pada kerongkong , bahagian luar. InsyaAllah batuk akan berkurangan.

2. Kasiat dalam masakan dan kueh mueh.

2.1 Merangupkan dan mengeraskan bahan masakan terutama yg berasaskan tepung dan digoreng dengan minyak yg banyak . contohnya bancuhan tepung goreng pisang,keledek dll. Biasanya sedikit air kapur (sesudu teh) sudah memadai untuk dicampur dalam bahan tepung goreng . (3 bahgian tepung beras + satu bahgian tepung gandum + sesudu air kapur).Tambah sedikit kunyit,bancuhan akan jadi kemerahan.

2.2 Melekangkan bancuhan tepung. Kapur dicampur dengan bancuhan tepung untuk buat kueh dadar, lempeng atau roti jala akan menghasilkan kueh yg mudah untuk dikeluarkan dari kuali.

2.3 Menyedapkan sesetengah kueh seperti kueh kosui danm kueh lompang.

2.4 Untuk memerahkan warna makanan.Kapur bila dicampur dengan kunyit akan jadi merah iaitu pewarna merah asli. Sebab tu ada bidalan sebut-"macam kapur dengan kunyit" bila disatukan terus merah. Kesan segera. Saya pernah gunakan kunyit hidup campur kapur untuk merendamkan pulut, hasilnya memuaskan kerana warna kunyit meresap dalam pulut secra sekata dan kapur tidak tersa langsung, macam tak ada.

2.5 Menghilangkan pahit peria. Saya rendam peria yg sudah dipotong2 dalam air dengan sedikit kapur (cair) selama 1/2 jam dan cuci semula bila hendak ditumis. hasilnya peria akan kurang pahit ttp ada sesetengah orang memang suka peria yg pahit :).

Setakat itu sahaja yg teringat. InsyaAllah jika ada tips tambahan akan dicatatkan

p/s:posting ini dinukilkan oleh la abwa melalui laman blognya www.la-abwa.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2009

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU

Assalamualaikum wbkt,

Dibawah adalah satu petikan yang diambil dari internet. petikan di bawah ini menunjukkan kenapa perlunya pungusaha muslim melibatkan diri di dalam bidang perniagaan dan kenapa ianya menjadi tuntutan fardhu kifayah untuk umat islam....



bersamalah kita menghayatinya dan marilah kita bersama memajukan sektor ekonomi muslim.



July 13th, 2009

KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU

Posted in bebas by Rudy

Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup.

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!

Tuesday, July 14, 2009

BAHTERA NABI NUH AS (PART 2)


Gambar : Anggaran saiz Bahtera Nabi Nuh AS dgn sebuah rumah.

Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark.
Catatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. (Dr.John Morris) Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark. Saya sudah daki banyak gunung lain di dunia dan saya sudah daki Ararat sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan, Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.
Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh.
Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memang susah. Bermacam² masalah akan timbul. Tanah runtuh, cuaca ganas, anjing serigala liar, beruang gunung beserta ular² berbisa sering datang menganggu.
Puncak gunung yg setinggi 17,000 kaki yg ditutupi dgn airbatu itu pula selalu terjadi cuaca yg tidak menentu. Di situ angin bertiup kencang, suhu amat sejuk dan sebarang cecair akan menjadi beku tersejat.
Setiap petang terdapat kilat yg diikuti angin,hujan dan salji.Angin yg bertiup biasanya 100 batu/jam. Pada suatu malam saya pernah alami suhu menurun sehingga negatif 40 darjah Celsius dan angin bertiup selaju 80 batu sejam. Cuaca sahaja pun telah membuat kita cukup sengsara. Oleh kerana Ararat ialah sebuah gunung berapi,gas yg keluar dari gunung itu ialah gas beracun yg boleh mendatangkan masalah utk kami bernafas. Saya sendiri pun tinggal di puncak Ararat selama 1 minggu dan dlm keadaan susah utk bernafas.
Puak2 yg tinggal berdekatan dgn gunung juga turut memberikan banyak masalah kpd kami,kami telah ditembak beberapa kali,oleh perompak. Guerrila Qurdish juga telah menggunakan gunung itu sbg tempat persembunyian dalam pertelingkahan dgn kerajaan Turkey dan Timur Tengah. Kumpulan kami tidak ada yg terkorban tapi kami menghadapi banyak masalah dan cedera parah.
Ramai org telah terkorban di gunung itu dalam mencari The Great Noah Ark. Pengalaman yg paling pahit sekali ialah ketika kami berada di paras 14,000 kaki. Kami terkena pancaran kilat. Akhirnya kami berjaya juga sampai ke puncak Ararat dan menghabiskan masa selama 1 minggu utk mencari The Great Noah Ark.
Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California US.President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977]
"Saya adalah jurufoto dan wartawan yg meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana² bagi membuat laporan tentang aktiviti US.President. Semasa peristiwa itu berlaku, kami dalam perjalanan dari Poland ke Tehran. Semasa terbang diutara Turkey, kami telah disuruh memandang ke tingkap. Pada masa yg sama ada beberapa buah pesawat MIG Fulcrum USSR sedang mengiringi Air Force One yg kami naiki. Kami memandang ke tingkap kami nampak dengan jelas "sebuah kotak panjang seperti bahtera yg besar sebahagiannya ditutupi dgn airbatu."
Gambar The Noah Ark Yang Hilang Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba² terkejut melihat satu kotak besar yg panjang menyerupai bahtera terjulur keluar dari air batu. Jurutera itu kemudiannya menyuruh pilotnya mendekatkan helikopter ke bahtera sedekat yg mungkin bagi mengambil seberapa banyak gambar.
Dengan rasa bangga dan seronok dia menunjukkan segala gambar² yg telah diambil olehnya itu kepad semua rakan² di Timur tengah dan Amerika. Dalam masa yg sama dia cuba mencari bantuan kewangan utk menjalankan satu ekspidisi bagi mencari "Noah Ark". Malangnya dia tidak berjaya dan dgn rasa kecewa dia ke British Guyana dan membuka lombong minyak disitu.
Pada 27th.Dec.1962, Jurutera itu dijumpai mati dibunuh dgn keadaan badannya dijumpai terapung di kolam renang hotel.
Kawan baiknya dalam membuat laporan Polis ada mengatakan bahawa almari tempat menyimpan segala gambar/filem "Noah Ark" telah digeledah orang 10 hari sebelum kejadian.
Filem dan gambar Noah Ark telah hilang, ramai kawan baik jurutera itu mengesahkan yg mereka telah melihat foto hitam/putih "Noah Ark" yg berukuran 8 X 10 inchi. Dan tidak menolak kemungkinan di bunuh kerana foto tersebut.
Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana². Keturunan Hj.Yearam sentiasa tinggal di kaki Mt.Ararat itu.
Beberapa ratus tahun selepas 'bah besar' , anak cucu keturunannya telah mendaki ke Puncak Ararat utk memberi penghormatan dan melihat "Noah Ark" itu. Masa itu masih ada lagi laluan menuju ke bahtera dan entah macamana laluan itu telah musnah dan tidak dapat dikesan kini.mungkin kerana perubahan cuaca,gempa bumi dan sebagainya.
Semasa Hj.Yearam masih kecil,ada beberapa org bangsa asing telah datang ke rumahnya.Mereka ini adalah orang yg tidak percaya dgn Al-Quran dan sebarang agama. Mereka adalah saintis,mereka dlm perjalanan melakukan ekspidisi utk membuktikan bahawa cerita The Great Noah Ark itu adalah berupa dongeng semata².
Para saintist kemudiannya megupah bapa Hj.Yearam bagi menjadi pemandu ke Puncak Mt.Ararat dan Hj.Yearam yg pada masa itu masih kecil pun turut serta. Waktu itu musim panas, airbatu salji yg menutupi sebahgian Puncak Ararat mencair.
Selepas bersusah payah mendaki akhirnya mereka pun tiba di puncak. Dgn jelas "Noah Ark" kelihatan seolah2 berada didlm tasik kecil. Air dari tasik kelihatan melimpah keluar turun kebawah Apabila mereka sampai di tasik itu, jelas kelihatan sebahagian dari "Noah Ark" itu tertonjol keluar dari airbatu.Para saintis kemudiannya meluru ke bahtera. Mereka tergaman dan berasa malu.
Seluruh behgian luar dan dalam "Noah Ark" itu diselaputi syellek atau lacker serta bahan pengilat yg kuat dan tebal. Tidak kelihatan sebarang tingkap, terdapat hanya sebuah pintu besar tetapi daun nya sudah tiada lagi.
Para saintis kemudiannya marah. Mereka cuba mengopek kayu bahtera tersebut, membuat unggun api bagi tujuan membakar dan memusnahkan "Noah Ark" tersebut Maha Suci Allah dgn keadaan kekurangan pelbagai alatan segala usaha mereka itu sia². Apatah lagi dengan keadaan "Noah Ark" itu sendiri yg keras seperti batu. Kayunya tidak berupaya terbakar langsung.
Para saintist itu kemudianya memberi amaran kpd ayah Hj.Yearam agar merahsiakan apa yg mereka tahu dan nampak jika maukan keluarga mereka selamat. Sebab itu dikala tuanya baru bercerita,itu pun hanya pada org dipercayainya shj. Wallahuallam..
Gempa Bumi Pada 2nd.May.1883,telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung2 yg terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasat,sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya.
Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yg di akibatkan darinya.
Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yg juga merupakan seorg Duta British di Istanbul telah memohon kpd kerajaan Turkey utk menyertainya. Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark" malangnya mereka tidak dapat mengukur dgn tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan airbatu dan hanya 20 hingga 30 kaki shj yg terjulur keluar.
Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark".Apa yg mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yg sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.
P
engalaman Ed.Davis "Saya seorg Sarjan Master yg menjaga pembinaan dlm Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran,pada tahun 1943 .Ketika sedang m'geluarkan batu dari kuari..budak berbangsa Qurdish yg menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata " Ya,disitulah kampung halaman dan tempat dimana org tua saya tinggal.Yang mana di puncaknya pula terdapat "Noah Ark"..dan ayah saya tahu di mana letaknya "Noah Ark" itu".
Saya terkejut dan berkata.."Benar?.. Boleh bawak saya kesana? " Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dgn ayahnya.
Suatu hari,budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas."Pada masa ini,"Noah Ark" masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak.." kata Abbas.
Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya."Kita boleh pergi sekarang kalau nak.." kata Abbas. Saya tidak buang masa dan inilah saat2 yg paling saya tunggu.
Kami seramai 8 org mula mendaki Mt.Ararat.Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi.
Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub, memang telah menjadi adat beratus2 tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di "Perigi Yaakob" berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yg diletakkan oleh orang2 yg menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi.
Kami pun meninggalkan "Perigi Yaakob" dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yg digelar "Pintu Belakang".Itu merupakan jalan "short cut" agar perjalanan kami menjadi lebih cepat.
setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain.Mereka memberi satu tali panjang yg mempunyai satu tempat utk mengikat pinggang.Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua org Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah2 pengawal peribadi.Abbas telah kehilangan 2 org anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati2.
Saya rasa mereka yg lain semua ada p'laman mendaki gunung ini,sebab mereka semua tahu jalan2 yg mereka lalui w'pun keadaan suasana yg gelap.Hanya saya seorang sahaja yg asing dan berbangsa Amerika.
Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang2 tentera.Saya lihat Abbas dan rakan2nya mempunyai peralatan yg baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.
Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kpd semua. Kami memakainya sepanjang masa.Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yg buleh kami gunakan bagi memberi isyarat.Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yg akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel utk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara.
Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. rasa2nya seperti daging dan sayur shj. Pada dinding gua itu terdapat lukisan2 purba. Hanya Abbas dan rakannya2 shj tahu apa makna lukisan itu.
Semua org masih terikat dgn tali antara satu sama lain. Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali2 membuka tali.
Cuaca tidak elok semasa kami naik,sentiasa hujan dan berangin. kami berjalan dia atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam2 bahaya, kami selalu shj tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan org yg mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..]
Abbas dikatakan penjaga kepada "Noah Ark" itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada org/bangsa asing naik ke gunung itu utk mencari/mengkaji "Noah Ark". Dia kata setiap org yg naik mahu mengopek dan memecahkan mana2 bahagian "Noah Ark" bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan org2 Qurdish ini tidak mahu "Noah Ark" itu di apa2kan. Pertama kali saya nampak "Noah Ark", ia seolah2 sebungkah batu biru yg sangat besar. Semakin dekat, barulah rupabentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak org.
Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan2 di atasnya. Abbas menerangkan bahawa "Noah Ark" itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah org yg telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya.
Sebenarnya sebahgian dari barang2 antik muatan "Noah Ark" telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah,pasu,bikar,pinggan yg diperbuat dari kulit kerang,piring pelita,itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja.
Abbas juga menerangkan pada saya,moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sbg madu asli. ...
**********************************************************************************
Subhanallah..Maha Suci Allah...

RAHSIA PENEMUAN BAHTERA NABI NUH (Part 1)


Gambar-Gambar yg didakwa Bahtera Nabi Noh diatas puncak sebuah gunung di timur turki...Wallahualam..











Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan. Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168) The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia,Iran,Turkey". Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan...