Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Wednesday, July 22, 2009

Kebimbangan: Jutawan Bankrap Bangkit Semula Dengan Menjual Sandwich di Jalanan


Tidak semua orang boleh dan mampu menghadapi kenyataan. Inikan pula pernah bergelar jutawan dan jatuh bankrap. Selepas kejatuhan, si kaya mencari-cari apakah yang patut dilakukan untuk meneruskan kehidupan. Adakah bekas jutawan harus ke pejabat Kebajikan Masyarakat menagih simpati untuk sesuap nasi? Ataupun, pergi ke jalanan meminta-minta dari orang ramai?
a
Bagaimana pula jika mereka memulakan kehidupan baru dengan berniaga semula? Meminjam dari bank untuk memulakan usaha baru. Boleh ke? Jika telah disenaraikan sebagai bankrap, tiada sebuah bank pun yang ingin melayannya. Mampukah bekas jutawan memulakan sesuatu yang kecil-kecilan di jalanan seperti menjual sandwich? Saya percaya, tidak ramai bekas jutawan atau jutawan sedia ada yang mampu menjual di jalanan. Malu... segan... apa pula pandangan orang dan pelbagai alasan lagi.
a
Tahukah anda bahawa seorang tycoon 'multi millionnaire' di Thailand yang berkecimpung di dalam bidang broker saham dan meningkat naik menjadi pemaju hartanah mewah telah jatuh bankrap semasa Krisis Ekonomi Asia1997/1998. Sirivat Voravetvuthikun bangkit semula dengan menjual sandwich di jalanan dengan menyandang sebuah kotak sandwich seberat 12 kilogram di bahu.
a
Latarbelakang
Sirivat dilahirkan di dalam keluarga yang kaya dan mendapat pendidikan tinggi di dalam bidang pengkhususan kewangan dari University Texas at Austin, US. Beliau bergraduat dari universiti tersebut dalam tahun 1973 pada usia 26 tahun. Setelah bergraduat, beliau memulakan kariernya sebagai broker saham di firma broker terbesar di Thailand. Di usia muda, Sirivat menetapkan sasaran dan impian untuk menjadi jutawan pada usia 26 tahun, tetapi hanya mengecapinya pada usia 35 tahun.
a
Sirivat adalah seorang yang gigih dan berusaha keras untuk mencapai apa yang diimpikannya. Dengan kecerdikan dan usaha gigihnya, beliau telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi pengarah urusan. Usahanya telah membuahkan pulangan yang besar kepada syarikat dan pelanggan-pelanggan nya. Tidak puas dengan apa yang diperolehi, Sirivat menjadi pengurus dana persendirian. Dalam masa yang pendek, beliau menjadi ahli perniagaan yang kaya raya dan menubuhkan syarikat pemaju hartanah yang dikenali sebagai Tong Gween yang membangunkan kondominium.
a
Nasib Tidak Menyebelahinya
Sirivat memulakan projek meganya dalam tahun 1993 dengan membina kondominium mewah yang berharga 9 juta dollar di Bangkok. Namun, beliau menghadapi masalah besar apabila kegawatan ekonomi melanda Thailand dalam tahun 1996. Pada ketika ini, komplek kondominiumnya masih di dalam pembinaan. Keruntuhan ekonomi, peningkatan kadar faedah (hingga 21%) dan kelemahan nilai matawang Bhat telah menyumbang kepada kegagalan syarikatnya. Tambahan pula, hanya sebahagian kecil unit-unit kondominiumnya yang telah terjual pada masa itu.
a
Pada masa ekonomi melonjak, pelbagai bank mengetuk pintunya untuk memberikan pinjaman dan wang pendahuluan. Seperti biasa, apabila masalah melanda dan ekonomi tidak baik, bank akan segera menutup pintu dan yang lebih buruk lagi bank akan mendesak peminjam-peminjam berisiko untuk membayar semula pinjaman. Ini adalah perkara biasa di dalam dunia perbankan.
a
Masalah ini telah menggugat yakin diri beliau. Sirivat terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul'. Bukan sahaja dibebani hutang yang berjumlah lebih USD30 juta, Sirivat terpaksa berhadapan dengan 40 orang kakitangan yang bernaung di bawah pentadbiran beliau. Bagaimana ingin memberitahu mereka bahawa zaman kegemilangan telah berakhir? Bagaimana untuk memberitahu mereka dua pilihan yang terpaksa dibuat iaitu sama ada terus berkhidmat di bawah pentadbirannya tetapi di dalam arena lain, atau berhenti bekerja? Sirivat dilanda kebimbangan yang hebat. Beliau terpaksa berperang dengan yakin diri yang telah merosot ekoran masalah-masalah yang dihadapinya. Namun, kehidupan harus diteruskan. Wang harus disalurkan kepada 3 anaknya yang belajar di England dan New Zealand. Lantas, beliau, atas sokongan padu isterinya, Vilailuck, membuat keputusan untuk menjual sandwich di jalanan.
a
Memulakan Hidup Baru
Bak kata pepatah "Teman ketawa ramai dan senang dicari, teman menangis susah dicari", begitulah juga dengan 40 orang kakitangannya. Hanya 20 orang sahaja yang sanggup untuk mengharungi zaman sukar bersama-sama Sirivat. Beliau berhadapan dengan pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan. Sirivat, mahupun isterinya bukan tukang masak yang mahir dan juga tiada modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan yang baru ini. Namun, atas desakan hidup, keluarga baru ini membuat keputusan untuk mengharungi segala onak duri bersama. Dengan azam dan tekad di hati setiap ahli, Sirivat mengepalai perusahaan sandwich jalanan di tengah-tengah kota Bangkok.
a
Isterinya bersama pekerja-pekerja wanita menyediakan sandwich sehingga lewat malam dan Sirivat bersama pekerja-pekerja lelaki menjaja di jalanan dari satu kawasan ke kawasan lain. Sirivat berhadapan dengan pelbagai rintangan kerana pada ketika itu menjual di jalanan memerlukan lesen khas. Pada hari pertama, perniagaan belia hanya mampu meraih 14 dollar (6 kotak sandwich).
a
Seperkara yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua peniaga diMalaysia dan serata dunia, baik perniagaan kecil mahupun perniagaan besar, iaitu etika berniaga yang menjadi pegangan Sirivat. Beliau mahukan pelanggannya mendapat yang terbaik. Segala lebihan perniagaan hari pertama tidak di 'recycle' untuk menjadi barang jualan hari kedua. Sebaliknya, lebihan barang niaga pada sesuatu hari akan di makan atau diberikan kepada pusat-pusat kebajikan. Maka, makanan segar dihidangkan setiap hari yang dapat menjadi tarikan kepada pelanggan untuk kembali membeli sandwichnya. Janganlah disebabkan takut kerugian, peniaga akan menjual semula makanan yang tidak laku pada hari sebelumnya. Ini akan menyebabkan pelanggan tidak membuat belian ulangan. Pelanggan pada masa kini adalah bijak dan tidak mudah ditipu dengan sewenang-wenangnya.
a
Perniagaan Sirivat meningkat saban hari dan pada masa ini beliau mengembangkan perniagaannya dengan menambah barisan produk yang termasuk sushi. Beliau juga memiliki beberapa restoran, perkhidmatan katering, buku dan ceramah motivasi dan penghantaran produk-produk jualannya.
a
Kata-Kata Semangat
Sirivat pernah berkata "My father was rich but I was richer until I failed at 48". Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang sanggup mengakui kelemahan dan kegagalan. Bukan mudah untuk mengakui kelemahan dan kegagalan terutamanya di khalayak ramai. Menurut beliau "If a person accepts failure and uses that as a lesson instead of wallowing in depression and self pity, he may fail again but not the third or fourth time."
a
Sirivat berkata "Many times I felt like giving up but my wife kept me going with her support and motivation".
a
Beliau sering memberi semangat kepada anak buahnya dengan bersama-sama berniaga di jalanan dan berkata "Never, never give in. Never look down on small businesses." Beliau yakin dengan berpendirian dan inovatif, setiap insan dapat meraih kejayaan peribadi. Nasihat Sirivat kepada anak muda, pelajar-pelajar ialah 'jangan menunggu kerja untuk datang kepada mereka, sebaliknya carilah peluang dan bersedia untuk berusaha keras'.
a
Tough times don't last, tough people do.

No comments:

Post a Comment