Bersyukur ke hadrat ilahi, kita di panjang kan usia dan diberi kesempatan untuk bertemu di dunia siber ini.
Mengambil kesempatan ini, ingin saya kongsikan berita baik untuk anda.
Dalam minggu ini, saya berkesempatan untuk bertemu sendiri dengan pengusaha pengusaha kedai runcit dan mini market, melalui perbualan kami saya dapati sokongan mereka terhadap produk produk keluaran muslim amatlah tinggi, mereka sentiasa ingin membantu pengusaha muslim didalam memasarkan produk produk mereka di samping sentiasa ingin memberikan harga yang termurah kepada pengguna.(syabas kepada mereka!)
Disebabkan banyak variasi produk yang ada di pasaran, mereka telah menolak untuk memasarkan produk sebuah syarikat pengeluar sabun pencuci pinggan yang terkenal di seluruh malaysia dengan alasan harganya terlalu tinggi dan juga pengguna lebih cenderung menggunakan produk alternatif yang berada di pasaran.
Oleh kerana persaingan yang sihat antara pengeluar produk, syarikat terbabit telah menurunkan harga produk mereka(mungkin hanya di sesetengah tempat yang mempunyai persaingan antara mereka). Dipercayai proses penurunan harga terbabit akan dilakukan pada permulaan bulan june'09.
Pada saya, ini adalah satu petanda yang baik kerana suasana sebegini semestinya akan memberikan ruang untuk pengguna muslim khususnya bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang termurah disamping kualiti baik.
Jesteru saya menyeru kepada anda khususnya peruncit dan agen, supaya teruskan usaha murni anda ini demi membantu memberikan pilihan yang terbaik kepada semua pengguna.
Kepada pengguna muslim pula, teruskan meyokong produk keluaran muslim supaya kesucian produk dan status kehalalannya terpelihara disamping untuk terus menjanakan ekonomi kita bersama.
sukor Abdullah
managing director
pencaktari enterprise
0194735696
No comments:
Post a Comment