Assalamualaikum wbkt,
Terima kasih diucapkan kerana sudi melawati laman blog rasmi untuk produk produk keluaran syukur.
Alhamdullillah, hari ini, saya telah berjaya melebarkan jaringan produk produk saya di kawasan seberang perai utara ini, pagi ini saya telah memasarkan produk saya di sekitar kepala batas bertam sehingga ke kawasan kuala muda.Walaupun masih lagi kecil pada mata anda tetapi ianya adalah satu kejayaan yang besar bagi saya dan saya akan terus cuba meluaskannya dari semasa ke semasa.
Berbagai karenah peniaga kedai runcit yang saya hadapi hari ini namun semuanya lebih kepada reaksi yang positif terhadap produk saya dan produk muslim yang lain. Ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk terus berusaha mengeluarkan produk produk saya didalam berbagai variasi pada masa akan datang...insyaallah.
beberapa tahun terdahulu...sambutan pengguna malah peniaga kedai runcit sedikit dingin teradap produk produk baru terutamanya dari muslim......Setelah di kaji dan diselidiki, ianya kerana beberapa faktor seperti:
1. Final pakacging yang tidak menarik (hidup segan mati tak mahu)
2. produk alibaba (membuatkan harga melambung tinggi)
3. kualiti yang tidak setanding dengan produk yang telah ada di pasaran(control unit)
4. pr agen yang kurang menarik.(tidak ramah dan sombong dengan feedback pengguna)
5. Servis yang kurang memmuaskan.(tiada rasa tanggungjawab terhadap produk sendiri yang berada di kedai peruncit)
Jesteru, Dengan faktor faktor diatas, saya cuba memperbaikinya dan alhamdullillah, setiap kedai yang saya lawati untuk maju bersama mendapat reaksi yang postif dari mereka.
Antara feedback yang saya suka dari mereka ialah, tentang harga produk produk muslim yang sedikit tinggi dari pasaran. Bagi menjawab persoalan tersebut, untuk produk keluaran syukur semestinya saya memilih raw material(chemical) yang berasaskan tumbuhan (jauh dari unsur subahah) dan dari gred A.
Walau bagaimanapun, syarikat kami tetap cuba untuk mengurangkan kos pembuatan bagi membolehkan pelanggan membeli produk kami dengan harga yang amat berpatutan.
Alhamdullillah, sekarang kami telah berjaya menurunkan harga pasaran untuk sabun pencuci pinggan (thoharah) dari rm4.6 ke rm 4 untuk harga pasaran di kedai runcit.
diharap dari semasa ke semasa kami dapat mengurangkan kos pembuatan kami demi untuk memastikan pengguna mendapat dengan harga yang terendah.
Terima kasih kepada anda semua dan teruskan menyokong produk keluaran muslim.
sekian,
Sukor Abdullah
managing director
pencak tari enterprise
019 4735696
No comments:
Post a Comment