Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Monday, June 21, 2010

evolusi kopiah



Assalamualaikum,

sejak beberapa tahun lepas, nampaknya evolusi kopiah makin berkembang, pemakaian kopian putih/hitam yang jenis keras dan berlogo di sisi semakin meluas(kopiah seperti yg dipakai oleh arwah ustaz asri dalam video klip berzikir dalam astro oasis)
keistimewaan kopiah keras(kerana lapisan kain yg banyak menyebabkan ianya lebih keras dan nampak kemas) ialah rasa sedap ketika dipakai dan tidak merasa panas memakainya selain menampakkan sipemakai lebih kemas dan juga yakin.

dengan evolusi baru ini menyebabkan ramai tidak melepaskan peluang untuk memilikinya, tidak terkecuali diri ini.

alhamdulillah, kredit perlu diberi kepada pereka design nya kerana berjaya menarik minat golongan muslim untuk memakainya tambahan pula pemakaian kopiah ini adalah sunat didalam islam.

kopiah ini boleh didapati dari harga belasan hingga ke ratusan ringgit, bergantung pada kualitinya.

bersempena bulan puasa dan musim raya yang akan menjelang tiba x lama lagi, sebagai seorang usahawan saya melihat peluang perniagaan kopiah ini akan memberikan pulangan yang baik kepada sesiapa yang berminat untuk menjualnya.

kepada pemborong dan pengeluar kopiah jenis ini diminta berkongsi harga modal untuk rakan muslim yang berminat untuk berjinak jinak didalam bidang perniagaan mencubanya, mungkin bermula dari jualan kopiah pada bulan puasa dan musim raya ini akan lebih membukan peluang untuk mereka menjana ekonomi keluarga dan seterusnya akan terus menjualnya pada bulan bulan biasa.

kepada rakan yg pernah menjualnya, boleh juga berkongsi pengalaman apakah risiko dan apa saja pengalaman yg difikirkan berguna.

semoga dengan perkongsian ini akan membantu menjana ekonomi muslim ...insyaallah.

semoga kita dapat berkongsi ilmu disini.

regards,
Sukor Abdullah
0194735696

1 comment:

  1. kami merupakan pembekal kopiah berkualiti tinggi, boleh letak jenama sendiri secara PERCUMA. harga borong RM11/kopiah. berminat? layari http://www.pemborongkopiah.com/ atua email terus kepada kami di pemborongkopiah@gmail.com

    ReplyDelete