Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, November 30, 2010

HPA Mahu buka pasaraya besar



Alhamdulillah...

ini berita gembira yang patut kita kongsikan bersama.....saya sendiri pernah menyuarakan mengenai HPA untuk melihat ke tahap perniagaan yang lebih luas apabila mencadangkan HPA untuk mengambil alih carefour yang akan ditutup nanti.

dengan adanya HPA halal mart yang setaraf dengan pasaraya besar...saya yakin ekonomi muslim di malaysia khususnya akan kembali kukuh....

buat masa sekarang, aliran wang keluar dan aliran wang masuk golongan muslim adalah amat tidak selari. menurut satu kajian kasar, purata wang keluar amat tinggi berbanding purata wang masuk...

keadaan ini menjadikan golongan muslim semakin kekurangan kuasa....

tahniah sekali lagi kepada HPA, kepada rakan usahawan yang lain...mari kita sama sama terus membantu antara satu sama lain...tekadkan niat untuk membantu menjana ekonomi muslim...pasti hasil keuntungan syarikat akan lebih berkat....

kepada pengguna muslim....teruskan semangat menyokong produk keluaran muslim......setiap belian anda terhadap mereka menjadikan mereka akan terus kukuh di pasaran.....jika ada sebarang kekurangan...jangan segan...terus maklumkan kepada usahawan tersebut secara berhemah.....dengan niat supaya usahawan tersebut mampu memperbaiki segala kelemahan yang ada.....

dengan amalan seperti ini...saya pasti...akan ramai usahawan yang berkualiti dan akan rancaklah ekonomi muslim.....



regards,
Sukor Abdullah

Wednesday, November 24, 2010

MAHA

insyaallah saya akan turut serta pada MAHA kali ini...

kami akan bertolak jam 3 ptg hari ini.

tujuan penyertaan adalah untuk membuat tinjauan sebenar dengan pasaran yang lebih luas disamping mendedahkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

produk yang dibawa hanya dishwasher. saya pi under PERDA dan secara berjamaah dengan usahawan frozen food (zan's confectionary).

kepada usahawan yg turut serta...moga objektif anda tercapai di sana....

kepada rakan....kita jumpa di sana...


regards,
Sukor Abdullah
0194735696

Monday, November 8, 2010

Penghargaan kepada pelanggan produk keluaran syukur


Assalamualaikum,


Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada semua para pelanggan yang selama ini memberikan sokongan terhadap produk keluaran syarikat kami khususnya dan produk muslim lain amnya....

diatas sokongan yang anda berikan telah memberikan ruang untuk kami memperkukuhkan pasaran di bumi tercinta ini. Alhamdulillah dilihat sekarang ini telah ramai usahawan muslim yang berjaya, terbaru dua orang rakan usahawan saya dalam proses untuk memasarkan produk makanan mereka ke asia tengah diatas kerjasama sebuah syarikat gergasi malaysia.ini menunjukkan bahawa masyarakat kita memang berkelayakan dan berdaya saing.

Marilah kita memecahkan benteng sumpahan kolot yang menyatakan usahawan muslim/melayu tidak mampu bersaing dengan peniaga asing. Bukalah peluang untuk kami memberikan khidmat kepada anda semua.... Jika dilihat dari sambutan pelanggan muslim juga amat memberangsangkan, semoga dengan kukuhnya syarikat muslim didalam bidang perniagaan terutamanya makanan dapat membantu menghindari pengguna muslim dari memakan sesuatu yang subhah dan tidak halal..apatah lagi makanan yang dihasilkan dengan cara pemprosesan yang kotor lagi menjijikkan.

untuk memberi lebih kesedaran mengenai proses kelulusan halal didalam menghasilkan produk, diatas kerjasama bersama kbiocorp, saya ingin menjemput semua pelanggan produk keluaran kami, rakan rakan usahawan dan juga pengguna muslim yang selama ini memberikan sokongan untuk mengikuti seminar berikut:

seminar: best halalpractises and operation
venue: SP In hotel
tarikh: 30 nov 2010
masa:8.30pg - 5ptg
yuran:RM 30
anjuran bersama:Kbiocorp sdn bhd.

sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh dibuat secara terus kepada :

Ahmad Shahril Muhammad
Asistant manager
hp-012-204 6208
office-04-4037777

semoga seminar ini akan dapat membantu tuan puan didalam mengendalikan proses pembuatan terutamanya makanan dengan lebih teratur dan terjamin kebersihannya, selain penerangan mengenai prosedur amalan production yang bersih, seminar ini juga akan memberikan penerangan mengenai betapa pentingnya kelulusan halal sesuatu product dan cara cara permohonannya.

sekian,

salam ukhwah dari saya....

marilah kita bersama membantu menjana ekonomi muslim....

pelembut pakaian syukur dishwasher thoharah air gamat syukur


regards,
Sukor Abdullah
pencaktari enterprise
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Saturday, November 6, 2010

Latihan praktikal penggunaan enzim didalam industri produk.



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi setelah beberapa tahun, syarikat kami masih lagi berada di pasaran dan mendapat sokongan pengguna, saya sebagai wakil syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan pengguna terhadap produk keluaran syarikat kami khususnya dan keluaran usahawan muslim yang lain amnya.

Pada 3 Nov 2010, diatas inisiatif dan bantuan sahabat usahawan mentor kami iaitu Zan’s confectionary dan lain lain, saya telah dijemput menjalani satu kursus yang amat bersesuaian dengan perniagaan kami iaitu kursus praktikal penggunaan enzim didalam industri produk

.

Sekalung penghargaan perlu diberikan kepada rakan usahawan yang sanggup bersusah payah demi untuk memastikan syarikat kami dapat menjalani kursus terbabit kerana merasakan ianya amat penting kepada kami, semangat sebegini amat membuatkan pihak kami merasa begitu terharu dan merasa terhutang budi. Insyaallah jika semua usahawan kita bersatu demi untuk memajukan diri, saya yakin tidak lama lagi akan lahir semakin ramai usahawan muslim yang berkualiti yang akan bersama sama menyahut seruan fardhu kifayah didalam konteks perniagaan ini.

Kursus yang dihadiri ini adalah dianjurkan oleh jabatan pertanian pulau pinang dan telah diadakan di kedah biocorp sdn bhd. Kursus ini amat bermakna kepada kami dan setiap maklumat dan ilmu yang diberikan amat penting dan dapat membantu syarikat kami didalam meningkatkan kualiti produk dan juga R&D.

Kami telah didedahkan tentang kepentingan penggunaan enzim didalam sesuatu produk, cara penyediaan enzim dan cara memasukan enzim kedalam produk keluaran. Selain penerapan melalui teori, kami juga mendapat pendedahan secara praktikal supaya segala teori yang diberikan akan lebih difahami. Insyaallah, saya akan memanfaatkan sebaik yang mungkin segala ilmu yang telah disampaikan untuk memastikan produk keluaran kami terus berdaya saing pada masa hadapan.

Insyaallah tidak lama lagi syarikat kami akan mengeluarkan produk baru, buat masa sekarang produk tersebut masih di peringkat R&D bagi memastikan ianya berkualiti tinggi dan juga berkesan.

Sekian,


salam ukhwah,

Mohd Sukor Abdullah

pencaktari enterprise

019 4735696

www.muslimsproduct.blogspot.com