Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Saturday, November 6, 2010

Latihan praktikal penggunaan enzim didalam industri produk.



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi setelah beberapa tahun, syarikat kami masih lagi berada di pasaran dan mendapat sokongan pengguna, saya sebagai wakil syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan pengguna terhadap produk keluaran syarikat kami khususnya dan keluaran usahawan muslim yang lain amnya.

Pada 3 Nov 2010, diatas inisiatif dan bantuan sahabat usahawan mentor kami iaitu Zan’s confectionary dan lain lain, saya telah dijemput menjalani satu kursus yang amat bersesuaian dengan perniagaan kami iaitu kursus praktikal penggunaan enzim didalam industri produk

.

Sekalung penghargaan perlu diberikan kepada rakan usahawan yang sanggup bersusah payah demi untuk memastikan syarikat kami dapat menjalani kursus terbabit kerana merasakan ianya amat penting kepada kami, semangat sebegini amat membuatkan pihak kami merasa begitu terharu dan merasa terhutang budi. Insyaallah jika semua usahawan kita bersatu demi untuk memajukan diri, saya yakin tidak lama lagi akan lahir semakin ramai usahawan muslim yang berkualiti yang akan bersama sama menyahut seruan fardhu kifayah didalam konteks perniagaan ini.

Kursus yang dihadiri ini adalah dianjurkan oleh jabatan pertanian pulau pinang dan telah diadakan di kedah biocorp sdn bhd. Kursus ini amat bermakna kepada kami dan setiap maklumat dan ilmu yang diberikan amat penting dan dapat membantu syarikat kami didalam meningkatkan kualiti produk dan juga R&D.

Kami telah didedahkan tentang kepentingan penggunaan enzim didalam sesuatu produk, cara penyediaan enzim dan cara memasukan enzim kedalam produk keluaran. Selain penerapan melalui teori, kami juga mendapat pendedahan secara praktikal supaya segala teori yang diberikan akan lebih difahami. Insyaallah, saya akan memanfaatkan sebaik yang mungkin segala ilmu yang telah disampaikan untuk memastikan produk keluaran kami terus berdaya saing pada masa hadapan.

Insyaallah tidak lama lagi syarikat kami akan mengeluarkan produk baru, buat masa sekarang produk tersebut masih di peringkat R&D bagi memastikan ianya berkualiti tinggi dan juga berkesan.

Sekian,


salam ukhwah,

Mohd Sukor Abdullah

pencaktari enterprise

019 4735696

www.muslimsproduct.blogspot.com


1 comment:

  1. Terima kasih kerana mendedikasi post kali ni utk bengkel anjuran KBioCorp. Looking forward to see you agin next time!!!

    ReplyDelete