Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, December 15, 2009

Promosi produk produk keluaran syukur dan nurani sejati di menara alor setar part 1

Assalamualaikum,

Pada hari jumaat dan sabtu yang lepas, pencak tari enterprise telah bekerjasama dengan nurani sejati enterprise untuk mengadakan promosi produk produk keluaran kami di samping produk keluaran rakan rakan muslim yang lain.

promosi tersebut telah di adakan di menara alor setar bermula jam 6 ptg hingga 11mlm. Berikutan sambutan yang menggalakkan oeh pengunjung setempat, kami akan meneruskan siri promosi kami di tempat yang sama pada setiap hari jumaat dan sabtu.

Alhamdulillah, walaupun dua hari mengadakan promosi di sana, kami telah mendapat hasil kutipan jualan yang agak tinggi. Ada juga beberapa pelanggan yang datang kembali ke boos kami untuk memberikan feedback mereka terhadap produk produk keluaran kami, antaranya ialah produk ideal slim (produk pelansing badan).

ada seorang pengunjung telah mencuba ideal slim, berikut feedback beliau:

"semalam saya balik terus pakai kat perut (atas/menutup pusat) lepas pakai selama 10 - 15 minit, saya rasa perut macam sikit sikit gatal (proses pemecahan lemak telah berlaku, rasa macam gatal masa kita jogging) dok sejam dua jam lepas tu lemak keluar...banyak! hingga "bocor" terkena baju. Terima kasih kerana promote produk ini kepada saya, la nie saya nak beli lagi dan insyaallah saya nak jadi agen untuk ideal slim nanti" pelanggan adalah seorang gadis.

selain dari produk ideal slim, ada feedback mengenai habatussauda, berikut feedback beliau:

" semalam sara cuba rasa habatussauda yang saya beli tu... makan sikit saja...adala secubit, emm x lama aih lepaih tu...ada la dalam 5 -6 minit, teruih rasa nak ke jamban"....pelanggan adalah seorang belia yang bekerja di tempat projek landasan keretapi berkembar.

buat seketika, inilah feedback yang kami sempat tanya...yang lain tu mai habaq nak produk apa dan terus bagi duit...mungkin x banyak masa, kami x sempat menemu bual mereka,

Berikutan feedback berikut, kami merasa bangga dan berpuas hati kerana berjaya memberikan mereka kepuasan setelah menggunakan produk produk keluaran kami.

Terima kasih kepada pihak menara alor setar kerana sudi menjemput kami untuk bersama sama memeriahkan lagi tapak bazaar yang diadakan, pelbagai aktiviti dianjurkan oleh pihak menara alor setar seperti pertandingan karaoke, pertunjukan wayang kulit asun, promosi harga untuk melihat pemandangan kedah di puncak menara, gerai gerai permainan game dan lain lain.

Disebabkan pengunjung yang ramai ke boost pameran kami, saya belum sempat merakamkan aktiviti aktiviti yang dianjurkan oleh pihak menara, insyaallah dari semasa ke semasa kami akan cuba merakamkan beberapa gambar untuk tontonan rakan rakan sekalian.
Wakil syarikat nurani sejati memberikan penerangan tentang produk produk kami.

Tahniah juga diucapkan pada pihak menara kerana mengambil insiatif ini untuk memajukan dan memeriahkan suasana malam di sekitar bandaraya alor setar, dengan aktiviti yang padat, keselesaan surau dan tandas dan pemandangan yang cantik di waktu malam, saya dan rata rata pengunjung bazar merasa amat selesa sekali berkunjung di sini.

Saya juga selaku wakil peniaga peniaga muslim yang terlibat di bazaar menara ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak menara kerana memberikan ruang untuk kami bersama sama menara mencari rezeki yang halal, insyaallah dengan sambutan yang begitu memberangsangkan ini ekonomi muslim akan terus berkembang maju.

Saya dengan ini ingin menyeru kepada seluruh penduduk kedah dan sekitarnya untuk mengambil kesempatan cuti sekolah yang masih berbaki ini bagi turut serta memeriahkan suasana malam anda di menara alor setar, insyaallah dengan niat yang murni untuk menghiburkan anak anak disamping membantu ekonomi peniaga di sini, anda akan merasa puas menikmati keindahan dan kemeriahan malam.

kita jumpa di sana ya!!

salam ukhwah dari saya untuk anda semua...assalamualaikum


Sabun pencuci pinggan mangkuk Thoharah
sabun pencuci pinggan thoharah, rm3.8 seliter


sukor abdullah
www.muslimsproduct.blogspot.com
pencak tari enterprise
0194735696

No comments:

Post a Comment