Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Saturday, July 4, 2009

Bantu membantulah sesama kita.

Assalamualaikum,
Didalam konteks mencari rezeki, bidang perniagaan adalah bidang yang paling sesuai / patut diterokai. Ianya memang diakui oleh billionaire billionaire seluruh dunia....malah nabi junjungan kita Nabi Muhamad swt juga dahulunya adalah seorang bisnessman.(peniaga)

Lantaran itu, Saya dengan ini ingin menyeru kepada anda semua untuk cuba berjinak jinak memulakan perniagaan, biarlah dari kecil kecilan dahulu dan insyaallah, dengan berkat kesabaran anda akan pasti berjaya.

kepada yang berminat untuk memulakan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakannya....jangan malu..sila hubungi saya untuk kita bebincang dengan lebih lanjut. Saya mempunyai ramai kenalan yang hebat didalam perniagaan mereka dan amat komited untuk membantu anda semua bagi menjayakan kempen menjana ekonomi muslim.

untuk pengetahuan anda sekalian, saya pun adalah usahawan hasil dari didikan dan dorongan mereka semua.

bersama ini, saya sertakan keratan email salah seorang dari sahabat saya. Untuk makluman, beliau sekarang adalah pengeluar kicap berasaskan kelapa, sos,mayonis, cendawan dan bermacam lagi. Seperti yang anda baca di keratan dibawah....beliau sangat komited untuk membantu anda semua.

bukalah mata..aktifkanlah minda...lihatlah disekeliling anda...berapa ramaikah rakan rakan seumur malah yang lebih muda dari anda tetapi telah jauh maju kehadapan meninggalkan anda didalam konteks perniagaan. janganlah tunggu pada ketika anda telah kehilangan pekerjaan baru untuk belajar berniaga kerana pada ketika itu...berbagai masaalah yang akan timbul.....

tepuk dada..tanyalah iman........kepada yang ingin maju bersama kami....sila hubungi saya untuk diaturkan perbincangan yang lebih serius....apa..? berapa kena bayar untuk bantuan ini......jangan risau..cukuplah sekadar berdoa agar kita semua mendapat kejayaan dan keberkatan didalam perniagaan...insyaallah...

_____________________________________________________________________________________



Salam semua.
Hari tu saya dah beli mesin utk hancurkan daging, tapi tak berkesempatan
lagi nak gunakan..rasanya elok saya ajarkan kepada orang lain dan orang
tersebut dah boleh memulakan, utk belajar pembuatan cheese kena tunggu pada
bulan September ini. Saya bercadang nak buat, Stall tersebut semuanya
barangan kita, dari roti sehinggalah kepada end product.

Utk sahabat nak buat gerai char keo teow, kicap utk bahan tersebut telah
sempurna formulanya dan boleh dapatkan dari saya kicapnya serta boleh
memulakan perniagaan.

Utk yg nak buka gerai nasi ayam tolong contact saya utk diajarkan rempah
nasi ayam, ayam ranggup, ayam hainam dan ayam lemon.


Utk yg ingin membuka gerai cendawan goreng sila berhubung dengan saya utk
dapatkan tepung dan cendawan.

Dan terbarunya dari maklumat haikaldema, dan tadinya saya buat analysis,
kita ada product terbaru ais krim air kelapa, iaitu isi dan air kelapa
diblended sekali, kemudian makan bersama dgn buah nau, jagung krim dan
kacang merah serta roti yg dipotong dadu, satu cup seringgit, mobility serta
mudah handle, saya tahu buatkan ais krim Cuma taka ada mesin buat masa ini,
mesin ais krim berharga RM1500..kalau sesiapa ada mesin saya nak ajarkan
buat ais krim kelapa dan nata de koko

Utk yg nak buat cendawan, bawang merah..sila berhubung dgn saya, utk masa
sekarang jadual waktu saya padat sangat, harap sahabat sahabat memahami
namun jgn risau selagi hayat dikandung badan saya setia bersama WK

Wassalam.
Wahab

______________________________________________________________________________________

Kami hanya serius kepada anda yang serius memikirkan bagaimana untuk keluar dari kepompong kemiskinan/kesederhanaan....oleh yang demikian, kami hanya melayan golongan yang bersungguh sungguh sahaja....

sekian,
Sukor Abdullah
019 4735696

Graf sambutan kepada produk muslim semakin meningkat


Assalamualaikum wbkt,
Terima kasih diucapkan kerana sudi melawati laman blog rasmi untuk produk produk keluaran syukur.

Alhamdullillah, hari ini, saya telah berjaya melebarkan jaringan produk produk saya di kawasan seberang perai utara ini, pagi ini saya telah memasarkan produk saya di sekitar kepala batas bertam sehingga ke kawasan kuala muda.Walaupun masih lagi kecil pada mata anda tetapi ianya adalah satu kejayaan yang besar bagi saya dan saya akan terus cuba meluaskannya dari semasa ke semasa.

Berbagai karenah peniaga kedai runcit yang saya hadapi hari ini namun semuanya lebih kepada reaksi yang positif terhadap produk saya dan produk muslim yang lain. Ianya sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk terus berusaha mengeluarkan produk produk saya didalam berbagai variasi pada masa akan datang...insyaallah.

beberapa tahun terdahulu...sambutan pengguna malah peniaga kedai runcit sedikit dingin teradap produk produk baru terutamanya dari muslim......Setelah di kaji dan diselidiki, ianya kerana beberapa faktor seperti:
1. Final pakacging yang tidak menarik (hidup segan mati tak mahu)
2. produk alibaba (membuatkan harga melambung tinggi)
3. kualiti yang tidak setanding dengan produk yang telah ada di pasaran(control unit)
4. pr agen yang kurang menarik.(tidak ramah dan sombong dengan feedback pengguna)
5. Servis yang kurang memmuaskan.(tiada rasa tanggungjawab terhadap produk sendiri yang berada di kedai peruncit)

Jesteru, Dengan faktor faktor diatas, saya cuba memperbaikinya dan alhamdullillah, setiap kedai yang saya lawati untuk maju bersama mendapat reaksi yang postif dari mereka.

Antara feedback yang saya suka dari mereka ialah, tentang harga produk produk muslim yang sedikit tinggi dari pasaran. Bagi menjawab persoalan tersebut, untuk produk keluaran syukur semestinya saya memilih raw material(chemical) yang berasaskan tumbuhan (jauh dari unsur subahah) dan dari gred A.

Walau bagaimanapun, syarikat kami tetap cuba untuk mengurangkan kos pembuatan bagi membolehkan pelanggan membeli produk kami dengan harga yang amat berpatutan.

Alhamdullillah, sekarang kami telah berjaya menurunkan harga pasaran untuk sabun pencuci pinggan (thoharah) dari rm4.6 ke rm 4 untuk harga pasaran di kedai runcit.

diharap dari semasa ke semasa kami dapat mengurangkan kos pembuatan kami demi untuk memastikan pengguna mendapat dengan harga yang terendah.

Terima kasih kepada anda semua dan teruskan menyokong produk keluaran muslim.

sekian,
Sukor Abdullah
managing director
pencak tari enterprise
019 4735696

Thursday, July 2, 2009

benih pokok naga merah rm5 sahaja







buah naga memang enak dimakan, dan diantara jenis buha nya, jenis naga merah dilihat mendapat lebih sambutan berbanding naga putih, ini mungkin kerana ianya lebih manis. Kepada yang ingin menanam pokok naga secar kecilan, saya ada menjual benih pokok naga ini. Cara menanamnya juga mudah, korek tanah dan letakkan benih tersebut bersandarkan pada batang kayu. Untuk lebih kesuburan, tempat yg tak terlindung dan baja organik seperti taik ayam boleh digunakan.

Benih pokok naga untuk dijual,
harga sekatam rm5.

Tuesday, June 30, 2009

Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi

Melayu perlu bangkit kuasai ekonomi- Raja Muda Perlis

ARAU 29 Jun - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru orang Melayu agar bangkit mengangkat kembali tamadun kaum itu sehingga mampu menguasai ekonomi.

Baginda bertitah, orang Melayu dahulu kala membuktikan kejayaan tamadun mereka ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila berjaya menguasai pusat perdagangan rantau nusantara.

''Orang Melayu pada zaman itu ada yang berdagang sehingga ke China dan Arab. Tetapi semuanya musnah apabila kita dijajah.

''Bagi saya, orang Melayu juga boleh kembali berjaya sekiranya diberi peluang dan bersedia dengan ilmu keusahawanan. Program-program keusahawanan perlu dijadikan sebahagian platform permulaan yang baik bagi menuju ke arah itu," ujarnya.

Baginda bertitah demikian ketika menutup Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Kebangsaan ke-13 di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, orang Melayu dan bumiputera perlu membuktikan mereka tidak hanya bergantung dengan kerajaan.

''Mereka perlu menolak tohmahan tersebut dan bangkit membina tamadun sendiri terutama dalam bidang perniagaan,'' titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, dalam keadaan ekonomi sekarang usahawan Melayu dan bumiputera perlu kuat terutama untuk berdepan cabaran globalisasi agar tidak terus ketinggalan.

''Dalam hal ini kegiatan perniagaan tidak seharusnya tertumpu di dalam negara sahaja tetapi perlu dikembangkan ke negara lain.

"Kepada PUM, saya mencadangkan dalam keghairahan mendidik anak muda berniaga, jangan lupa menekankan perniagaan yang berkat. Ia akan menjadi lebih efektif jika etika perniagaan dalam Islam diberikan keutamaan," titah baginda.

Konvensyen selama empat hari yang dianjurkan oleh Institut Keusahawan Negara (Insken) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) itu disertai kira-kira 600 pelajar sekolah menengah seluruh negara.

Sehingga kini, program perintis usahawan dilaksanakan di 218 sekolah rendah seluruh negara.

PUM dilaksanakan di 658 sekolah menengah dan program keusahawanan siswa dilaksanakan di 24 institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Monday, June 22, 2009

dashboard polishing keluaran syukur


Alhamdullillah,
seiring dengan waktu, syarikat kami telah maju setapak lagi, sekarang saya berjaya mengeluarkan satu product baru keluaran syukur iaitu dashboard polishing.

walaubagaimanapun, secara sejujurnya, produk ini bukanlah 100% dikeluarkan oleh pencaktari Enterprise, ianya hasil usahasama dengan peniaga yang lain, pun begitu, kesitimewaan produk ini adalah ketahanan waxnya yang boleh menjadikan dashboard anda berkilat sekurang kurangnya selama 2 bulan.....bagi sesetengah kes, ianya boleh tahan sehingga 4 bulan...

ianya bukanlah satu janji janji palsu yang kami taburkan, tetapi adalah hasil maklum balas dari pengguna pengguna produk kami.

dengan bercirikan keistimewaan sebegini, bagi saya amatlah mudah untuk sesiapa yang ingin memasarkanya, cukuplah dengan sekali menyuruh rakan anda mengilatkan keretanya dengan menggunakan produk ini, dan ia pasti akan merasai kesannya.

Untuk makluman, produk tersebut masih lagi belum mempunyai nama glamournya, sekiranya anda mempunyai pendapat / cadangan akan nama yang bersesuaian bagi product tersebut, silalah salurkan cadangan anda di ruangan komen di bawah petikan ini.

untuk pasaran semasa, ianya dipasarkan dengan harga rm12. walau bagaimanapun, pada masa akan datang insyaallah saya akan keluarkannya didalam beberapa variasi kuantiti.

untuk yang ingin menjadi agen, sila hubungi saya (sukor 019 4735696)

Thursday, June 18, 2009

Sabun pencuci pinggan mangkuk Thoharah





















Sabun pencuci pinggan mangkuk thoharan ini dikeluar dibawah keluaran syukur, ianya di hasilkan dari sumber sumber tumbuhan (material gred A) tanpa sebarang unsur unsur subahah khusus untuk kegunaan masyarakat islam di seluruh dunia.

Ianya juga dekeluarkan demi memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan memberikan variasi produk untuk pelanggan pelanggan muslim.

buat sementara waktu, sabun thoharah ini hanya dikeluarkan dengan pati lemon. Insyaallah seiring dengan waktu, kami akan menvariasikan lagi flavour flavour yang lain mengikut permintaan pelanggan.

harga runcit untuk seliter sabun thoharah ialah rm3.80

marilah kita bersama membantu menjana ekonomi ummah.

bolehkah saya menjadi agen barangan keluaran syukur?
Alhamdullillah, memang inilah salah satu tujuan penubuhan syarikat ini, sila hubungi sukor 019 4735696 untuk keterangan lanjut.

sukor Abdullah
0194735696

Air Gamat Syukur


Lihatlah kejernihan air gamat keluaran syukur nie, sudah pasti airnya betul betul bersih dan juga tiada masaalah berbau seperti yang anda pernah alami ketika meminum air gamat biasa bukan?
Bagaimana air gamat ini bersih n tidak berbau?
kerana air gamat ini telah mengalami proses penapisan yang rapi.


apakah khasiat air gamat syukur?
Seperti khasiat air gamat yang lain, ianya berkesan untuk:
1.menyembuhkan luka luka dalaman dan luaran.(basahkan kapas dan letakkan pada luka)
2.menghentikan darah.(basahkan kapas dan letak pada luka)
3.menghilangkan jerawat dan mencantikkan kulit wajah.(basahkan muka/campurkan dengan bedak seperti bedak sejuk)
4.menghilangkan batuk dan kering tekak.(minum seteguk sekali minum,ulang beberapa kali)
5.sesuai untuk wanita lepas bersalin.(minum dan cuci luka jahitan)
6.menghilangkan ulser mulut.(berkumur/minum)
7.buasir dan cirit birit.(minum)

kenapa perlu saya mengunakan air gamat syukur?
1.kerana air gamat ini adalah 100% keluaran muslim, untuk menjana ekonomi muslim.
2.Air gamat ini tidak berbau dan jernih seperti air mineral.

berapakah harga untuk sebotol?
Harga runcit RM8.00

Bolehkah saya mencuba kerjaya saya sebagai peniaga barangan syukur?
Alhamdullillah, sebenarnya inilah salah satu motif penubuhan syarikat ini, untuk menjana ekonomi muslim......

jika berminat, sila hubungi sukor 019 4735696.

sekian,
sukor Abdullah