Generated image

Untuk keterangan lanjut,

Saturday, October 31, 2009

kisah menarik untuk dikongsi bersama.

Assalamualaikum,

Sehingga setakat ini, telah genap 2 bulan saya mengusahakan perniagaan saya ini secara sepenuh masa, Pelbagai suka duka ditempuhi dan saya yakin masih panjang perjalanan yang perlu saya tempuhi. Inilah asam garam yang perlu ditempuhi oleh seorang peniaga/usahawan.

Kepada rakan rakan sekalian,

Beberapa hari yang lepas, ketika menghantar sabun thoharah dikedai berhampiran, secara kebetulan ada seorang agen penghantar barangan asam (jenis makanan ringan berasam seperti asamko) menghantar produk beliau di kedai yang sama.

Bila dh selesai mengatur barangan dan berurusan dengan tuan kedai, saya mengambil kesempatan yang ada untuk menegur sapa dengan beliau(kebetulan beliau pun baru selesai kerja beliau dan sedang bersiap untuk ke destinasi seterusnya), untuk makluman anda semua, beliau hanya menggunakan kereta kancil menghantar produknya ke serata kedai sejak lebih 2 tahun yang lalu.

Hasil dari perbualan, beliau nie macam buat syer partner dengan rakannya. Mereka menjalankan perniagaan membekal makanan ringan berasam seperti asamko(seperti yang dinyatakan tadi). Melalui penceritaan beliau, modus operandi perniagaan beliau amat mudah…hanya mendapatkan bekalan asam dalam kuantiti yang banyak (mungkin satu guni 100 kilo kot) kemudian mereka membungkus balik asam tadi dalam kuantiti yang sedikit (mungkin 50g)…sepeket harganya rm0.50(harga jualan di kedai runcit).

Saya pasti, anda sudah mendapat gambaran mengenai produk yang beliau jalankan bukan….ya…makanan ringan(asamko,asam katak,asam pelam,jeruk). Tentu anda pernah juga membeli makanan seperti ini di kedai kedai runcit bukan…? Namun…persoalannya…berapa kerapkah anda membeli makanan ini seumur hidup anda…? Setiap hari..? sebulan sekali..? atau jarang sekali anda membelinya..?

Saya juga berfikir seperti anda semua….seingat saya…kali terakhir saya membeli barangan seperti ini adalah 3 bulan yang lepas..semasa menghantar sabun thoharah di sebuah koperasi…saja sebagai balasan…saya beli la barangan di kedai beliau….(itupun tahan sampai bulan lepas…baru habis) nak habaq kata jarang sangat makan, selalunya junk food seperti ini hanya dimakan kalau dalam perjalanan yang jauh..menonton atau keluar beriadah…(menurut kebanyakan orang).

Kalau Tanya saya lah…jika saya ingin memulakan perniagaan…x mungkin saya buat bisness seperti beliau…bukan apa…takut x jalan…ye la..satu peket baru rm 0.50…tu harga jualan..makna kata harga yang kita tolak kat kedai runcit tu mesti lebih rendah lagi…(margin sikit) dah tu…orang pulak jarang beli…lain la kalau buat bisnes sabun cuci pinggan nie..hari hari orang mesti makan…sehari mesti paling kurang 3 kali…tu x kira minum lagi..semua tu mesti dibasuh….tu baru nak kira kat rumah…macammana pulak kat restoran? Kantin? Ada berapa banyak kantin? Kantin sekolah…kantin kilang…kantin bla..bla… pendek kata consumption untuk produk sabun nie lebih tinggi dari junk food.

Namun…inilah yang dinamakan rezeki datang dari allah, selagi kita berusaha bersunguh sungguh, dengan niat untuk mencari rezeki yang halal, insyaallah…kita akan menemui kejayaan. Begitu juga dengan beliau, tahukah anda semua, dengan perniagaan yang beliau jalankan itu, dengan hanya naik kancil untuk menghantar produknya, sehari beliau mampu mendapat hasil jualan sehingga rm7 – 8 ratus….ha..terbeliak biji mata saya…cuba kira tengok kalau sebulan….? Tolaklah sekali ngan hari cuti dan hari sale kurang…..margin yang dia dapat ialah60%, berapa yang beliau dapat sebulan..?

Itulah ganjaran kepada sesiapa yang berusaha dan juga yang tetap sabar akan dugaan dugaan yang diberikan allah. (tahniah kepada beliau)

Tujuan saya mendedahkan cerita ini adalah untuk muhasabah diri sendiri dan juga kepada rakan rakan yang minat berbisness di luar sana, bukan nak suruh pakat buat bisness asamko seperti sahabat yang saya ceritakan tadi…tapi ambil iktibar akan ketabahan beliau.

Jangan berlengah lagi…apa saja idea yang anda fikirkan betul…teruskan saja idea tersebut…jangan lagi kita berlengah….bak kata seorang rakan saya…”mola dulu…biaq pi lah..modal mahai ka susah nak dapat barang ka..janji mola dulu…lepas tu bila kita dh mola…allah akan utuskan makhluknya untuk mengajar kita…makhluk allah tu bukan kata tok wali ka malaikat ka hat jenis mai dalam mimpi tu…dia boleh jadi rakan seperniagaan kita,…boleh jadi pelanggan kita dan lain lain lagi…depa nie lah yang akan habaq lubang baguih punya nanti..depa nie jugak la hat yang akan tunjuk hat mana baguih dan hat mana x baguih ….”(munir wk)

Untuk makluman..nukilan nie saya buat start pukul 12 tengah malam sampai la nie pukul 2.15 pagi…sepanjang dok taip nie…mulut x tau bopa kali dh menguap…mata pun dok klipok klipok…(nak habaq kata ngantuk)…nak kata bukan senang untuk saya siapkan nukilan nie tapi saya gagahkan juga semata untuk tatapan anda semua.

Walau saya tahu…dalam berpuluh juta rakyat Malaysia hanya puluhan ribu saja yang membacanya, dan dalam puluhan ribu tersebut mungkin hanya seorang saja yang akan terus bersemangat untuk memulakan perniagaan beliau..saya tetap bersyukur….kerana dengan seorang usahawan baru tersebut akan bertambah ramailah usahawan muslim kita.

Semoga suatu hari nanti, dunia perniagaan akan kembali dikuasai oleh golongan muslim…insyaallah.

“marilah kita bersama menjayakan kempen menjana ekonomi muslim”

Kisah sekupang saya untuk anda semua….

Assalamualaikum,

Sukor Abdullah

Pencaktari enterprise(0194735696)

Thursday, October 22, 2009

Amaran allah terhadap seluruh umat islam.

Salam

[2.164] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

[3.190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

Subject: Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi


Selamat membaca di bawah ini.


DUNIA

Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi



[7.7] Kemudian sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (Rasul-rasul dan umat-umatnya), dengan (berdasarkan) pengetahuan (yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami tidak sekali-kali ghaib (bahkan sentiasa Mendengar, Melihat dan Mengetahui akan hal ehwal mereka).


GAMBAR menunjukkan ayat al-Quran muncul pada kulit Ali.





ALI



MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: "Allah ialah Pencipta segala yang ada.".
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. - Agensi


Ayat al-Quran pada kulit bayi

[2.283] Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.





MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

MADINA mendukung anaknya, Ali.






Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Hmm.. ayat ni tak jumpa lak.. "Lau ta3lamuna ma a3lamu...( tak pasti lak perkataan ini ) qalilan.."
Bermaksud "Kalaulah kamu tahu apa yang aku tahu.. ( tak pasti lak perkataan ini ) sedikit sekali.. Boleh sapa2 tolong confirmkan...


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.





Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Thursday, October 8, 2009

sambutan pengguna terhadap produk keluaran muslim semakin membanggakan.


Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Alhamdullillah, bersyukur ke hadrat ilahi kita masih lagi dipertemukan di sini, dalam suasana yang aman harmoni tanpa sebarang bencana alam dan juga peperangan, kita juga bersyukur kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan juga merayakan aidilfitri dengan aman tenteram.

kepada seluruh pelanggan keluaran syukur dan juga penyokong barang keluaran muslim amnya, saya sekai lagi ingin mengambil kesempatan di bulan yang baik ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya, teruskanlah niat murni anda untuk terus menyahut seruan fardhu kifayah, tanpa sambutan dan sokongan dari anda semua maka akan pupuslah golongan usahawan muslim ini.

untuk update terbaru produk keluaran syukur, alhamdullillah kami telah berjaya menambahkan lagi kawasan dan beberapa rundingan telah dibuat dengan pasaraya pasaraya berantai seperti pasaraya pokok sena, pasaraya hafifah dan sebagainya.

Alhamdullillah nampak gaya sabun pencuci pinggan mangkuk telah menjadi pilihan untuk pengguna muslim bagi mencuci pinggan mangkuk mereka, ini dapat dirasai oleh kami dengan graf jualan yang semakin melonjak naik sehinggakan kami terpaksa menambah kapasiti pembuatan bagi memenuhi keperluan semasa.

insayaallah, seiring dengan maklumbalas pengguna, akan kami tambah variasi warna didalam produk sabun thoharah.

dikesempatan ini, syabas juga di ucapkan kepada anda semua kerana terus menyokong produk keluaran muslim, setelah beberapa pemantauan dibuat, dilihat beberapa produk berjenama dimalaysia telah menurunkan harga, ini dipercayai kerana graf jualan mereka semakin menurun.

Jika dahulu pengguna terpaksa mendapatkan sebuah produk berjenama(cecair pencuci pinggan S#######) dengan harga rm6.20 (di sesetengah tempat), namun kini pengguna boleh mendapatinya dengan harga hanya rm4.60(disesetengah tempat).

Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada anda semua, teruskanlah menyokong produk keluaran muslim bagi menjana ekonomi kita bersama, moga dengan hasil keuntungan perniagaan kami, akan dapat kami gunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah disamping menyalurkan kepada golongan yang memerlukan sesuai dengan tuntutan agama kita.

Kepada pengguna baru, marilah kita bergabung bersama didalam menyahut seruan fardhu kifayah ini.

marilah kita memberikan sokongan kepada produk keluaran/yang diusahakan oleh usahawan muslim.



Sabun pencuci pinggan mangkuk thoharah, rm3.8 seliter.

sekian dari saya untuk anda semua,

selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

ikhlas dari
sukor abdullah,
pencaktari enterprise
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com




Friday, September 25, 2009

4 sekeluarga terkorban dalam kemalangan jalanraya di gurun kedah.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

selamat hari raya diucapkan kepada semua, alhamdullillah kita masih lag dipertemukan di ruangan ini, namun didalam kita bergembira, statistik kemalangan jalanraya masih lagi mencatatkan sejumlah mangsa korban dijalanraya.

Walau kita masih bernasib baik kerana tidak ditimpa musibah sepanjang berhari raya namun ada beberapa keluarga yang sedang berduka kerana kehilangan insan tercinta, insan tersebut boleh jadi ibu, bapa atau saudara mara mereka.

begitulah lumrah hidup, ajal dan maut di tangan tuhan, namun..kita telah diberikan akal fikiran untuk kita merancangmasa depan kita.

jika sebelum ini saya sering mendegar cerita cerita tentang kemalangan jalanraya di kaca tv dan di dada akhbar, namun untuk menyambut hari raya pada kali ini, saya dikejutkan dengan berita kematian 4 sekeluarga yang terkorban di dalam kemalangan jalanraya di Gurun kedah, walau sekadar bau bau bacang namun hati ini merasa sayu sekali mengenangkan nasib mereka.

semoga allah mencucuri rahmat kepada arwah dan di tempatkan di golongan orang orang beriman.

marilah kita sedekahkan alfatihah buat mereka,

alfatihah....




Jumaat September 18, 2009
Empat sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri
GURUN: Empat, dipercayai dari satu keluarga rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Gurun.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Azizan Syed Ismail berkata kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada treler muatan alat eletronik yang terbabas dan terbalik merentangi jalan.

"Sebuah kereta jenis MyVi yang dinaiki empat orang dipercayai dari satu keluarga itu yang dikatakan mengekori treler berkenaan terus merempuhnya menyebabkan kereta itu terbakar.

"Dua lagi kenderaan yang berada di belakang kedua-dua kenderaan itu turut merempuh kereta MyVi terbabit," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata identiti mangsa yang maut itu belum dikenalpasti berikutan kesemua mereka rentung.

Polis sedang mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti pemilik kereta itu berdasarkan nombor chasis, katanya.

Syed Azizan berkata polis menahan pemandu treler terbabit yang hanya cedera ringan bagi membantu siasatan manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

Beliau berkata ekoran kemalangan itu, polis terpaksa menutup sementara laluan ke Gurun dan laluan dialih ke jalan lama persekutuan sehingga ke tol Sungai Petani Utara. BERNAMA

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Hari ini bersamaan dengan hari khamis 27 Ramadhan 1430h, Saya pasti dh ramai yang memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman.

Saya dengan ini ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua umat muslimin dan muslimat.

Semoga segala amal ibadat yang kita lakukan selama ini akan diterima oleh allah dan semoga kita dipertemukan lagi pada ramadhan yang akan datang.

Kepada yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati hatilah semasa memandu, kawal kelajuan kenderaan anda, jangan lupa memasang lampu kenderaan pada hujan bagi memudahkan kenderaan anda dilihat.

sekian dari saya,

selamat hari raya aidilfitri
maaf zahir batin.

dari,

Mohd Sukor Abdullah & sekeluarga,
pencak tari enterprise,
0194735696
www.muslimsproduct.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

Pengertian beriktikaf

Pengertian beriktikaf

Iktikaf ialah usaha mendiami dan menetap diri di dalam masjid dari seseorang yang tertentu dengan cara-cara tertentu. Dinamakan juga “Jiwar” (Al-Majmu’ An-Nawawi 6/407), dan merupakan suatu Halwah Syar’iyyah. (Kitab Mukhtasar Baghiah Al-Insan min wazaifi Ramadhan libni Rajab m/s 30)

Asas disyariatkan Iktikaf.

Asas disyarakkan iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah :

1.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ.

Maksudnya : Daripada Aisyah R.A (Isteri Rasulullah SAW) bahawa Nabi SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan hingga diwafatkannya oleh Allah, kemudian (diteruskan sunnah) iktikaf selepasnya oleh para isterinya. (Muttafaq ‘Alaih (Al-Bukhari 2026, Muslim / 1772).

2.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قال : كَاْنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَعْتَكِفُ فِيْ كُلِّ رَمَضَانٍ عَشْرَةَ أَيَّامِ . فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الَّذِيْ قُبِضَ فِيْهِ اعْتَكَفَ عِشْرِيْنَ يَوْمًا.

Maksudnya : Daripada Abi Hurairah R.A, ia berkata : Adalah Nabi SAW selalu beriktikaf pada tiap-tiap Ramadhan sepuluh hari (akhirnya). Manakala pada tahun baginda diwafatkan, baginda beriktikaf dua puluh hari. (Sohih Al-Bukhari 2024)

Dengan itu, nyatalah bahawa iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat yang diamalkan secara berkekalan oleh Nabi SAW dan para isterinya, juga oleh para sahabatnya R.A.

Hukum Iktikaf

Telah Ittifaq (bersepakat) di antara imam-imam mazhab yang empat dan semua orang Islam, bahawa hukum iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah sunat Muakkadah, kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW. dan menuntuti Lailatul Qadar. (Syarah Sohih Muslim li An-Nawawi 8/67 , Fathul Bari li Ibni Hajar As-Asqolani 4/272).

Dan tidak khilaf bahawa tidak wajib iktikaf kecuali apabila bernazar dengannya.

Manakala hukum iktikaf pada lain daripada sepuluh akhir Ramadhan dan lain daripada iktikaf nazar yang wajib, maka ia adalah sunat (Istihbab) sahaja. Oleh itu sayugialah bagi tiap-tiap orang yang duduk di dalam Masjid kerana menunggu solat atau kerana lain-lain hal, sama ada hal dunia mahu pun akhirat, bahawa ia niat iktikaf padanya, walaupun ia tidak berpuasa, kerana itu dikira pahala dengannya selama mana ia tidak keluar daripadanya. Dan apabila ia masuk semula ke dalam masjid selepas daripada keluarnya, maka hendaklah ia memperbaharui niatnya. (Syarah Sohih Muslim 8/67)

Kelebihan iktikaf

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : … وَمَنْ اعْتَكَفَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ جَعَلَ اللهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ النَّارِ ثَلاَثَ خَنَادِقَ . كُلُّ خَنْدَقِ أَبْعَدُ مِمَّا بَيْنَ الْخَافِقَيْنِ.

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas R.A daripada Nabi SAW ia bersabda : … Dan barangsiapa yang beriktikaf satu hari kerana menuntut keredhaan Allah, nescaya Allah jadikan di antaranya dan di antara api neraka (berjauhan) tiga buah parit, di mana jarak di antara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak antara dua mata angin. (Dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Al-Hakim, ia berkata : Sohih Al-Isnad (At-targhib wa At-tarhib 2/149 – 150),

Hikmah / tujuan iktikaf

Di antara hikmah dan tujuan iktikaf ialah :

1. Meluangkan diri daripada kesibukan dunia dan anak isteri, demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan sebagai bekalan jentera dalam melancarkan kegiatan hidup secara lebih baik. (Syarah Sohih Muslim 8/69, Bada’i As-Sona’i li Al-Kasani 1/107)

2. Kalaulah Ramadhan merupakan sebulan ujian yang penuh dengan rahmat bagi masa setahun, maka iktikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan adalah beberapa hari yang merupakan ujian khas yang lebih tinggi kepada orang-orang yang telah berjaya menempuh ujian Ramadhan secara umumnya, untuk mendapatkan kejayaan khusus yang lebih cemerlang.

3. Berusaha untuk mendapatkan Lailatul Qadar menurut sunnah Rasulullah SAW.

Rukun iktikaf

Rukun iktikaf ada empat perkara :

  1. Berdiam diri di dalam masjid, sekurang-kurangnya sekadar tamakninah di dalam rukuk, dan tidak keluar darinya kecuali ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak.

  1. Niat pada permulaan iktikaf atau pada pembaharuannya semula, seperti : “Sengaja aku iktikaf sepuluh akhir Ramadhan kerana Allah”.

  1. Orang yang beriktikaf, syaratnya ialah : Islam, berakal, bersih dari haid, nifas dan junub, serta mendapat keizinan suaminya (sekiranya ia adalah seorang isteri) dan tidak (bagi perempuan) di dalam ‘idah. (Al-Umm li As-Syafi’e 1/108, As-Sunan Al-Kubra li Al-Baihaqi 4/323)

  1. Tempat iktikaf, iaitu masjid.

Kenyataan iktikaf dalam masyarakat Islam

Adalah amat sedikit bilangan umat Islam yang beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan berbanding dengan jumlah mereka yang ada di dunia ini. Itulah makanya sejak zaman dahulu lagi Ibnu Syihab Az-Zuhri pernah berkata :

عَجَبًا لِلْمُسْلِمِيْنَ تَرَكُوْا الإِعْتِكَافَ وَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَتْرُكْهُ مُنْذُ دَخَلَ الْمَدِيْنَةَ حَتَى قَبَضَهُ اللهُ .

Maksudnya : Hairan sekali keadaan orang-orang Islam ! Mereka sanggup tidak beriktikaf (sepuluh akhir Ramadhan) sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkan iktikaf sejak baginda datang ke Madinah Al-Munawwarah hingga Allah mewafatkannya. (Fathul Bari 285/4 , Bada’i As-Sona’i 1/108)

Memang tidak sayugia orang meninggalkan iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan … terutama bagi pendakwah-pendakwah dan pejuang-pejuang yang tidak berada di medan perang, juga orang-orang yang mengaku cinta kepada sunnah Rasulullah SAW !

Masjid yang diktikaf padanya

Yang paling baik ialah Masjidilharam di Mekah Al-Mukarramah, Al-Masjil An-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah, Al-Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis dan Masjid-masjid jami’ umumnya secara tertib, menurut besar dan ramai ahlinya. (Al-Umm li As-Syafi’e 1/107)

- Sah iktikaf di dalam semua masjid. (Syarah Sohih Muslim 8/68)

- Sah iktikaf di dalam masjid di atas sutuhnya atau menara yang berhubung dengannya atau rahabahnya (serambinya) atau di kawasan mana sahaja yang dinamakan masjid. (al-Majmu’ 6/436-437)

- Disunatkan seseorang perempuan yang beriktikaf di dalam masjid mengadakan tabir yang dapat melindungi dirinya dari penglihatan, tetapi tidaklah sampai menyempitkan ke atas orang yang bersolat. (Fathul Bari 4/277, Al-Mughni Li Qudamah 3/191)

- Sah iktikaf perempuan di dalam masjid di rumahnya, iaitu di mana-mana satu ruangan dari rumahnya yang disediakan khusus untuk solatnya di sisi Imam Abu Hanifah dan pendapat lama bagi Imam As-Syafi’e.(Syarah Sohih Muslim 8/68, Fathul Bari 4/275 dan Raudhah At-Tolibin 2/398)

- Harus bagi perempuan beriktikaf di dalam masjid bersama-sama dengan suaminya di sisi Al-Hanafiah dan Ahmad. (Bada’i As-Sona’i 2/113, Aujaz Al-Masalik li Kandahlawi 5/204)

- Makruh bagi perempuan beriktikaf di masjid umum yang didirikan solat jemaah di sisi Imam As-Syafie. (Fathul Bari 4/275)

- Suami berhak menahan isteri daripada beriktikaf dan mengeluarkannya daripadanya. (Al-Umm 2/108, Syarah Sohih Muslim 8/70)

Cara beriktikaf sepuluh akhir Ramadhan

1. Dimulai masuk masjid sebelum jatuh matahari bagi petang hari kedua puluh Ramadhan dengan niat iktikaf sepuluh akhir Ramadhan dan keluar daripadanya pada pagi Aidilfitri atau selepas jatuh matahari pada malamnya.

2. Harus bagi orang yang beriktikaf membawa hamparan khas untuknya masuk ke dalam masjid bersamanya dan harus pula mengambil mana-mana satu ruangan dari masjid sebagai tempat khas baginya, sekiranya tidak menyempitkan orang yang bersolat di dalam masjid.

3. Mengadakan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat, kemudian menetap diri di dalamnya dan tidak keluar daripadanya kecuali ada sebab-sebab yang diharuskan.

4. Harus menjalankan ibadat iktikaf sunat secara tidak penuh atau tidak muwalah seperti iktikaf hanya sehari atau dua hari, nisbah kepada iktikaf di dalam masa sepuluh akhir Ramadhan, atau selang sehari atau hanya waktu malam dan sebagainya. (Fathul Bari 4/283, Raudhah At-Tolibin li An-Nawawi 2/393)

Sebab-sebab diharuskan keluar.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَاْنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا اعْتَكَفَ يُدْنِيْ إِلَيَّ رَأْسَهُ فَأَرَجُلُهُ وَكَانَ لاَ يَدْخُلُ الْبَيْتَ إِلاَّ لِحَاجَةِ اْلإِنْسَانِ.

Maksudnya : Daripada Aisyah R.A, ia berkata : Adalah Nabi SAW apabila baginda beriktikaf, baginda menghulurkan / mendekatkan kepalanya kepadaku, maka aku pun menyikatkan rambutnya. Dan baginda tidak masuk ke dalam rumah, kecuali kerana hajat manusia. (Muttafaq ‘Alaih wa Lafz li Muslim 1/244)

Berkata Ibnu Hajar Al-’Asqolani, Maksud :”Hajat Al-insan”. Di sini ialah telah ditafsirkan oleh Az-Zuhri dengan : Buang air kecil dan buang air besar, di mana telah ittifaq oleh semua ulama’ bahawa dikecualikan pada kedua-duanya dan bersalahan pendapat di antara mereka pada yang lain daripada kedua-duanya seperti makan minum. (Fathul Bari 4/273)

Tegas Imam An-Nawawi : Berkata sahabat-sahabat kami : Harus bagi muktakif keluar masjid kerana mandi junub yang hasil dari mimpi dengan tidak khilaf. (Al-Majmu’ 6/430, Raudhah At-Tolibin 2/405)

Walau bagaimanapun , saya dapat rumuskan bahawa sebab-sebab atau keuzuran yang diharuskan bagi muktakif (orang yang beriktikaf) keluar dari masjid-masjid iktikafnya, secara tidak dianggap putus muwalah iktikafnya dan tidak berhajat kepada pembaharuan semula niatnya apabila ia masuk, setelah hilang sebab dan keuzurannya ialah :

1. Qadha hajat :

Iaitu buang air besar dan buang air kecil. Dan tidak mengapa sekiranya ia berwudhu’ di luar masjid, setelah selesai qadha hajat. Juga harus qadha hajat di dalam bilik air di rumah sendiri, walaupun jauh rumahnya dan sekalipun telah sedia ada bilik air di masjid atau di rumah kawan-kawan yang lebih dekat dengan masjid. Dan tidaklah disyaratkan bersangatan kuat rasa hendak qadha hajat bagi mengharuskan seseorang muktakif itu keluar menunaikan qadha’ hajatnya. (Raudhah At-Tolibin 2/405-406)

2. Mandi junub :

Iaitu mandi junub kerana mimpi dan sebagainya.

3. Berwudhu’ :

Kerana hendak berwudhu’ yang wajib, bukan tajdid, itu pun sekiranya tidak dapat berwudhu’ di dalam masjid. (Raudhah At-Tolibin 2/407, Al-Mughni li Ibni Qudamah 3/206)

4. Menyucikan najis :

Kerana menyucikan najis-najis pada badannya atau pakaiannya.

5. Sakit bahaya :

Kerana sakit berat yang boleh mengotorkan masjid. (Raudhah At-Tolibin 2/408)

6. Keluar darah haid :

Adapun keluar darah istihadhoh , maka kebanyakkan ulamak mengharuskan ia iktikaf di dalam masjid sekiranya tidak membawa kepada kekotoran masjid. (Aun Al-Ma’bud syarah Sunan Abi Daud 7/153)

7. Takut bahaya :

Kerana takut bahaya daripada mana-mana pihak. (Al-Umm 2/106, Raudhah At-Tolibin 2/408)

8. Darurat / kecemasan :

Kerana darurat untuk melepaskan diri atau orang lain dari apa-apa kecemasan dan bahaya atau sebagainya.

9. Dipaksa :

Kerana dipaksa oleh mana-mana sebab atau pihak secara kekerasan. (Al-Umm 2/105-106)

10. Makan / Minum :

Kerana hendak makan, sekalipun boleh makan di dalam masjid di sisi mazhab As-Syafie (Al-Umm 2/105-106) , begitu juga kerana hendak minum, sekiranya ia dahaga dan tidak ada air di dalam masjid. Ada pun sekiranya air telah sedia ada di dalam masjid, maka yang lebih sohih ialah ia tidak harus keluar daripadanya. (Al-Majmu’ 6/432-434 dan Raudhoh At-Tolibin 2/405-407)

Adapun di sisi mazhab Al-Maliki, maka tidak diharuskan makan dan minum di luar masjid tetapi diharuskan keluar untuk membeli makanan / minuman jika tidak ada pihak yang menyediakan makanan untuknya. (Mawahib Al-Jalil li Al-Hatob Al-Maliki dan At-Taj wa Al-Iklil li Al-Mawaq Al-Maliki 2/461)

Peringatan / Tambahan :

1. Pembaharuan niat :

Kesemua sebab-sebab atau keuzuran tersebut, apabila telah hilang atau selesai daripadanya, maka hendaklah ia segera kembali masuk semula beriktikaf dengan tidak payah memperbaharui niatnya. Kalau tidak, dikira batal iktikafnya (yakni muwalahnya) dan ia mesti memperbaharui semula niatnya.

2. Acap kali :

Tidak mengapa kalau seseorang muktakif itu acap kali keluar dari masjid tempat iktikafnya, sekiranya acap kali berlaku sebab-sebabnya, seperti senak perut dan sebagainya. (Al-Majmu’ li An-Nawawi 6/432-434, Raudhoh At-Tolibin 2/406)

3. Keluar semua badan :

Tidak diiktibarkan seseorang itu keluar dari masjid kecuali semua tubuh badannya dari masjid, bukan sekadar keluar satu juz daripada tubuh badannya. Kecuali apabila ia keluar dengan dua kakinya dan ia berdiri di atas kedua-duanya, maka diiktibarkan ia keluar, walau pun sebahagian daripada badannya seperti kepala atau tangannya masih berada di dalam masjid. (Raudhoh At-Tolibin 2/404)

4. Keluar dengan lupa :

Tidak dianggap batal iktikaf seseorang yang keluar dari masjid tempat iktikafnya dengan sebab lupa atau tidak sengaja. (Raudhoh At-Tolibin 2/398)

5. Mimpi keluar air mani :

Tidak diiktibarkan batal iktikaf seseorang yang bermimpi sampai keluar mani, tetapi hendaklah segera keluar untuk mandi junub.

6. Tidak mesti tergesa-gesa (terburu-buru) :

Apabila seseorang muktakif itu keluar dari masjid kerana apa-apa sebab dan hajat yang diharuskan, maka tidak disyaratkan ia bersegera … cukuplah dalam kadar biasa ia menjalankan hajat atau kerja hingga dapat menyelesaikannya, tetapi tidaklah sampai terlalu lewat. (Raudhoh At-Tolibin 2/406, Al-Majmu’ 6/429)

7. Hukum sewaktu di luar masjid.

Bersalahan pendapat ulama’ mengenai hukum seseorang yang beriktikaf, sewaktu ia berada di luar masjid kerana sebab-sebab yang diharuskan itu, apakah ia dikira sebagai orang yang beriktikaf atau tidak !.

8. Ziarah orang sakit dan menyaksi jenazah :

Harus bagi orang yang beriktikaf keluar untuk menziarahi orang-orang sakit atau mengebumikan mayat… sekiranya tidak ada orang lain yang mengurusnya. Tetapi apabila ia masuk semula beriktikaf lebih baik ia memperbaharui niatnya, kerana ada khilaf ulama’ mengenai batal (muwalah) iktikafnya. Adapun menziarahi orang sakit sambil melalui jalan kepada satu-satu hajat yang diharuskan tanpa berhenti, maka tidaklah memutuskan muwalah iktikafnya. Rasulullah SAW pernah lalu di tepi orang sakit walhal ia sedang dalam iktikafnya . Baginda hanya bertanya halnya sambil berjalan tanpa berpaling dan berhenti. (Dikeluarkan oleh Abu Daud raqm 2455)

Diriwayatkan daripada Ali RA, ia berkata : Orang yang beriktikaf (boleh) menziarahi yang sakit, menyaksi jenazah, menghadiri Jumaat dan menjumpai ahlinya, tetapi tidak duduk dengan mereka. (Al-Musonif li Ibni Abi Syaibah 8/631, dan Kanz Al-’Umal li Burhan Fauzi 3/87)

9. Solat Jumaat.

Ahli Jumaat yang beriktikaf di masjid yang bukan masjid jamek, hendaklah ia keluar dari tempat iktikafnya untuk pergi menunaikan fardu Jumaat di mana-mana masjid jamek dan batallah muwalah iktikafnya di sisi Al-jumhur. Setelah selesai solat Jumaat hendaklah ia kembali semula ke tempat iktikaf dengan memperbaharui niatnya semula. (Tuhfah Al-Ahwazi Syarah Jami’ At-Tirmizi 3/518-520, Al-Majmu’ 6/442)

Berkata Abu Hanifah dan sahabatnya : Tidak sayugia bagi seseorang muktakif itu keluar daripada masjid kerana satu-satu hajat, kecuali untuk Jumaat, buang air besar dan buang air kecil. Dan sayugia ia keluar kepada solat Jumaat, ketika diazan solat atau sebelumnya sedikit, iaitu sekira-kira selama ia di dalam masjid Jumaat ia sempat solat empat rakaat sebelum Jumaat dan empat rakaat selepasnya. (Bada’i A-Sona’i 1/114, Aun Al-Ma’bud 7/140)

Begitu juga pendapat Imam Ahmad, iaitu harus bagi seseorang yang beriktikaf di masjid yang tidak diadakan Jumaat padanya, keluar kerana bersolat Jumaat, dengan tidak dikira batal (muwalah) iktikaf kerana keluarnya adalah untuk sebab yang wajib dan yang tak dapat tidak baginya. (Al-Mughni 3/192)

Berkata Al-Thauriey, As-Syafi’e dan Ishak : Jikalau sekiranya seorang yang beriktikaf itu telah bersyarat mulai iktikaf bahawa ia akan keluar solat Jumaat atau ziarah orang sakit atau mengiringi jenazah, maka tidaklah batal iktikafnya dengan berbuat demikian. Ini adalah satu riwayat daripada Imam Ahmad (Fathul Bari 4/273), terutama sekiranya iktikaf itu sunat (Aunul Ma’bud 7/140).

Adapun di sisi mazhab Al-Maliki, maka dianggapkan batal juga muwalah iktikaf dengan sebab keluar solat Jumaat, tetapi diharuskan keluar kerana mandi dan membersihkan badan untuk Jumaat. Bahkan diharuskan juga keluar untuk mandi semata-mata kerana tujuan menyejukkan tubuh badan. (Mawahibul Jalil dan At-taj wal Iklil 2/462-463)

10. Kewajipan yang lebih afdhal dari beriktikaf (sunat) :

Sayugia bagi orang yang beriktikaf sunat bahawa ia keluar dari masjid iktikafnya kerana menjalankan satu-satu kewajipan yang lebih tinggi darjatnya dari iktikaf di sisi syarat … walaupun perkara itu adalah membatalkan (muwalah) iktikafnya. Kemudian hendaklah ia segera masuk semula dengan memperbaharui niat iktikafnya.

Suami Isteri semasa Iktikaf

1) Harus bagi isteri orang yang beriktikaf (muktakif) :-

a. Ziarah suaminya yang sedang beriktikaf di masjid dan bercakap dengannya, kerana Sofiyyah bt. Hayy R.A pernah menziarahi suaminya Rasulullah SAW dan bercakap-cakap dengannya sewaktu baginda sedang beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan. (Sohih Al-Bukhari 24/257)

b. Berkhalwat dengannya dan berseronok (tamatta’) dengannya secara tidak bersyahwat, sama ada di dalam masjid atau di luarnya di sisi Al-Jumhur. (Fathul Bari 4/280, Raudah Al-Talibin 2/392)

c. Menolong suaminya, seperti menyikat rambutnya dan sebagainya, walaupun isterinya itu berada di dalam keadaan haid yang terpaksa dihulur keluar kepala suaminya dari masjid, kerana Aisyah RA pernah menyikat rambut Rasulullah SAW sewaktu baginda sedang iktikaf di dalam masjid. (Sohih Ibn Khuzaimah 3/348-349)

2) Perkara yang dilarang lakukan dengan isteri.

a. Berjimak dengannya, sama ada di dalam masjid atau sewaktu keluar darinya, sama ada di waktu malam atau siang. Apabila mana-mana orang yang beriktikaf itu berjimak dengan isterinya dalam keadaan ia sedar bahawa ia di dalam iktikaf – walaupun di luar masjid – serta tahu bahawa jimak itu dilarang ka atasnya, maka batallah iktikafnya dan hendaklah ia segera mandi junub dan masuk beriktikaf dengan memperbaharui semula niatnya. Kecuali jika sekiranya masa ia berjimak di luar masjid itu terlalu sedikit, kadarnya semasa ia keluar kerana qadha’ hajat … maka khilaf di antara ulama’ mengenai batal iktikafnya atau tidak. Adapun jika jimak dalam keadaan lupa bahawa ia sedang beriktikaf maka batal juga di sisi Jumhur ulama’ kecuali As-Syafie. (Al-Majmu’ 6/433 457 dan Mughni Al-Muhtaj 1/452)

b. Adapun berseronok dengan isterinya secara bersyahwat pada yang lain daripada faraj, maka tidak membatalkan iktikafnya selama tidak keluar air mani di sisi Al-Jumhur. Begitu juga jika ia berusaha mengeluarkan air mani dengan tangan dan sebagainya. (Raudhoh At-Tolibin 2/392, Fathul Bari 4/272)

Perkara yang harus dilakukan.

Harus bagi orang yang beriktikaf melakukan yang berikut :-

1. Berpakaian biasa.

2. Makan / minum di dalam masjid, tetapi disunatkan menggunakan alat-alat seperti hamparan bagi menjaga kebersihan masjid.

3. Memakai bau-bauan.

4. Bekerja dengan pekerjaan yang sedikit.

5. Menyambut tetamu, bercakap dengannya dan menghantarkannya pulang.

6. Sedikit berjual beli pada perkara-perkara yang sangat berhajat.

7. Bercakap biasa.

8. Berkahwin dengan mengahwinkan.

9. Bercukur, menyikat rambut dan mengerat kuku.

10. Belajar dan mengajar. (Al-Umm 2/105, Bada’i Al-Sona’i 2/116)

Perkara yang tidak harus dilakukan

Tidak harus bagi orang yang beriktikaf melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti berjual-jual kosong dan apa-apa kerja yang sia-sia, apalagi yang makruh dan yang haram … begitu juga melakukan usaha kehidupan seperti bertukang dan sebagainya. (Al-Majmu’ 6/460, Aun Al-Ma’bud 7/142)

Berkata Ali RA : Mana-mana lelaki yang beriktikaf, maka hendaklah ia tidak memaki orang dan tidak bercakap kotor. ( Al-Mughni 3/203).

Amalan-amalan semasa iktikaf.

Sebenarnya tidak ada bagi iktikaf itu satu-satu amalan dan bacaan yang tertentu yang tsabit dari Rasulullah SAW selain daripada kesungguhan baginda dalam beriktikaf dan beribadat pada sepuluh akhir Ramadhan lebih daripada masa-masa yang lain.

1.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم يَجْتَهِدُ فِيْ الْعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مَالاَ يَجْتَهِدُ فِيْ غَيْرِهَا.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW bersungguh-sungguh (di segi beribadat) pada masa sepuluh akhir Ramadhan lebih banyak daripada (ibadatnya) pada masa-masa lain. (Sohih Muslim raqm 1175 2/832)

2.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ.

Maksudnya : Daripada Siti Aisyah RA, ia berkata : Adalah Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir daripada bulan Ramadhan, bersungguh-sungguhlah baginda pada mengerjakan ibadat (dengan meninggalkan tidur dengan isterinya), baginda menghidupkan malamnya dan menggerakkan isteri-isterinya, (supaya bangkit beribadat bersama-samanya). (Muttafaq ‘Alaih : Sohih Al-Bukhari 2/255, Muslim 2/832)

Berkata An-Nu’man b. Basyir : Kami dapat adakan Qiamullail bersama-sama Rasulullah SAW pada malam yang kedua puluh lima hingga kepada setengah malam dan pada malam yang kedua puluh tujuh hingga kepada masa yang kami sangka kami tak sempat lagi hendak bersahur, kerana terlalu lewatnya. (Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah raqm 2204, sanadnya hasan).

Berkata As-Syafie dan sahabat-sahabatnya : Adalah sangat baik bagi orang yang beriktikaf bahawa ia memenuhi masanya dengan amalan-amalan taat seperti : solat, tasbih, zikir, membaca/tilawah Al-Quran dan belajar serta mengajar, juga mentalaah kitab-kitab dan menulisnya. (Al-Majmu’ 6/458).

Tetapi setengah ulama’ berpendapat bahawa dikehendaki supaya setiap orang yang beriktikaf itu hanya menumpukan masanya dengan amalan asasi bagi iktikaf sahaja, iaitu zikir, solat, tilawah Al-Quran dan doa. ( Mawahibul Jalil dan Al-Taj Wal Iklil 2/461, Muktasar Baghiah Al-Insan min Wazaifi Ramadhan Libni Rajab, M/s 30).

Seruan dan Khatam

Kalaulah madrasah Qiamullail merupakan sebuah madrasah umum bagi tarbiah rohiyyah yang diasaskan oleh Rasulullah SAW berdasarkan perintah Allah SWT :

قم الليل إلا قليلا (2 Surah Al-Muzammil)

Maka “Iktikaf sepuluh akhir Ramadhan” adalah merupakan “Ibadat khusus yang membawa kepada kemuncak darjat Qiamullail”, kerana ia dibantu oleh Shiam (puasa) Ramadhan pada siang hari dan tartil Al-Quran di malam-malam hari bulan nuzulnya Al-Quran.

Kalaulah “Qiamullail” merupakan amalan umum pada setiap malam di sepanjang tahun … maka amalan iktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan merupakan “Amalan / ujian khas” secara lebih hebat dan lebih gigih bagi menaikkan darjat kehidupan Muslim / Muslimat di setiap akhir tahun … Ujian yang mengandungi padanya berbagai-bagai ibadat asas seperti : solat, shiam, zakat, qiamullail, tadarus Al-Quran dan tartil Al-Quran, berbagai-bagai zikir, doa, istighfar, taubat, mujahadah dan muhasabah diri serta mentazkiahkannya…

Itulah barangkali di antara hikmah makanya disyarakkan Qiamullail secara umumnya di awal-awal kedatangan Al-Islam iaitu sewaktu baginda berada di Mekah Al-Mukarramah, manakala ibadat iktikaf yang merupakan kemuncak itu adalah disyarakkan sewaktu baginda berada di Madinah Al-Munawwarah.

MasyaAllah !!! Alangkah jauhnya perbezaan di antara orang yang masuk ujian di akhir tahun secara penuh ikhlas dan ittiba’ (Iktikaf) dengan orang yang tidak masuk ujian….

MasyaAllah !!! Qudwah hasanah Rasulullah SAW amatlah dirasai, tepat dan sesuai dalam menyahut tuntutan fitrah bagi kehidupan manusia yang sangat perlu kepada ketenangan di celah-celah kesibukan kerja demi mengangkat mutu hati, menjernihkan jiwa … atau sekurang-kurangnya memperbaiki jentera hati yang merupakan asas kekuatan kepada daya gerak dalam menuju kemajuan hidup dunia dan akhirat…

MasyaAllah !!! Di manakah kita, wahai ikhwan dan akhawat dengan peraturan Al-Islam yang cukup sempurna ini ? Di manakah kita dengan Qudwah hasanah dari sunnah Rasulullah SAW ini ? Di manakah kita dengan tuntutan fitrah kita yang cukup bersih dan benar ini ?

Ayuh … marilah kita sama-sama membawa diri kita dan keluarga kita untuk mengurung diri beriktikaf dalam sebaik-baik tempat di bumi Allah ini, iaitu masjid, dan di waktu yang sebaik-baik, iaitu sepuluh akhir Ramadhan … kerana menyahuti dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW Qauliyyah dan Fe’liyyahnya serta sohih lagi sorih ….

Subhannallah !!! Hairan sekali kepada umat Islam yang telah mendapat kurniaan rezeki Allah SWT secara melimpah ruah… kesihatan badan yang segar bugar, waktu yang cukup lapang dan keadaan yang cukup mengizinkan. Tetapi, pada waktu yang sama, mereka tidak juga beriktikaf !!!. Sedangkan Rasulullah SAW telah menyeru, mengajak dan menekan untuk beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan … bahkan dalam kesibukan kerja yang penuh – Baginda tetap beramal dengan amalan yang tidak hanya menjadi Qudwah sekadar sekali gus … tetapi berkekalan sehingga diwafat oleh Allah…

Segala dakwaan kesibukan dalam bidangnya adalah tertolak secara cukup malu dan kecil diri di hadapan kesibukan yang berlipat kali ganda yang dihadapi oleh Nabi SAW, baik di peringkat peribadi mahu pun masyarakat dan negara … juga oleh para sahabatnya Radiallahu ‘Anhum !!!.

Akhir sekali, marilah sama-sama kita beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan … nescaya kita dikurniakan Lailatul Qadar dan kelebihannya yang banyak, Aaminn.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ ، عَلَى اللهِ تَوَكَّلْنَا ، رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ . رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ . رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَابُ الرَّحِيْمُ …

وَصَلَّى اللهُ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِلله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ…

Thursday, September 10, 2009

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-

Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala

Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-

Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jikahal ini….(sebutkan namanya)”

Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”