Untuk keterangan lanjut,

Friday, September 25, 2009

4 sekeluarga terkorban dalam kemalangan jalanraya di gurun kedah.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

selamat hari raya diucapkan kepada semua, alhamdullillah kita masih lag dipertemukan di ruangan ini, namun didalam kita bergembira, statistik kemalangan jalanraya masih lagi mencatatkan sejumlah mangsa korban dijalanraya.

Walau kita masih bernasib baik kerana tidak ditimpa musibah sepanjang berhari raya namun ada beberapa keluarga yang sedang berduka kerana kehilangan insan tercinta, insan tersebut boleh jadi ibu, bapa atau saudara mara mereka.

begitulah lumrah hidup, ajal dan maut di tangan tuhan, namun..kita telah diberikan akal fikiran untuk kita merancangmasa depan kita.

jika sebelum ini saya sering mendegar cerita cerita tentang kemalangan jalanraya di kaca tv dan di dada akhbar, namun untuk menyambut hari raya pada kali ini, saya dikejutkan dengan berita kematian 4 sekeluarga yang terkorban di dalam kemalangan jalanraya di Gurun kedah, walau sekadar bau bau bacang namun hati ini merasa sayu sekali mengenangkan nasib mereka.

semoga allah mencucuri rahmat kepada arwah dan di tempatkan di golongan orang orang beriman.

marilah kita sedekahkan alfatihah buat mereka,

alfatihah....




Jumaat September 18, 2009
Empat sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri
GURUN: Empat, dipercayai dari satu keluarga rentung dalam kemalangan ngeri membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran susur keluar Gurun.

Ketua Polis Kedah Datuk Syed Azizan Syed Ismail berkata kemalangan pada pukul 6.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada treler muatan alat eletronik yang terbabas dan terbalik merentangi jalan.

"Sebuah kereta jenis MyVi yang dinaiki empat orang dipercayai dari satu keluarga itu yang dikatakan mengekori treler berkenaan terus merempuhnya menyebabkan kereta itu terbakar.

"Dua lagi kenderaan yang berada di belakang kedua-dua kenderaan itu turut merempuh kereta MyVi terbabit," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata identiti mangsa yang maut itu belum dikenalpasti berikutan kesemua mereka rentung.

Polis sedang mendapatkan bantuan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mengenalpasti pemilik kereta itu berdasarkan nombor chasis, katanya.

Syed Azizan berkata polis menahan pemandu treler terbabit yang hanya cedera ringan bagi membantu siasatan manakala mereka yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani.

Beliau berkata ekoran kemalangan itu, polis terpaksa menutup sementara laluan ke Gurun dan laluan dialih ke jalan lama persekutuan sehingga ke tol Sungai Petani Utara. BERNAMA

No comments:

Post a Comment