Untuk keterangan lanjut,

Tuesday, September 8, 2009

Doa Sebelum memulakan sebarang kegiatan pada setiap hari.

Assalamualaikum.... Doa Sebelum memulakan sebarang kegiatan pada setiap
hari.


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan
kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk
kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang
telah engkau kurniakan kepada kami selama ini
dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam
mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat
secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki
semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya,
memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya,
memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat
lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya,
memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn.

No comments:

Post a Comment