Alhamdullillah...pada 5 sept yang lepas, NGO warga kilang telah mengadakan satu program amal "jalan jalan masuk kampung".
Program ini memang menjadi aktiviti wajib bagi Warga kilang namun, ini adalah kali pertama saya menyertainya.
Sebenarnya...banyak lagi program program "give back to society" yang di anjurkan oleh NGO ini. Antara lain ialah sesi motivasi untuk pelajar, sesi bimbingan perniagaan, dan lain lain lagi, semuanya dianjurkan dengan niat lillahitaala.
Program tersebut bermula pukul 8 pagi, di lokasi yang telah dikenalpasti sebagai tempat perjumpaan ahli Warga kilang.
1. petronas sungai seluang
2. KHTP(kulim high tech)
Setelah semua tiba dengan sumbangan masing masing, sesi pengenalan/suai kenal di mulakan. Aktiviti ini dijalankan kerana kebanyakannya hanya mengenali diri di alam maya(khusus untuk orang baru) secara tidak langsung, sesi ini akan membantu mengukuhkan lagi silaturrahim.
Acara ini dikendalikan oleh setiausaha warga kilang, en monier mad din.
sebagai pengenalan, beliau nie mamng berpengalaman luas dalam mengendalikan aktiviti avtiviti sebegini, disamping bekerja sebagai orang atasan di sebuah kilang di KHTP, beliau juga ada menjalankan perniagaan di beberapa lokasi di beberapa buah negeri.
selesai sesi suai kenal, pengagihan barang pun bermula, kami bahagikan untuk 8 buah keluarga.
Pelbagai aksi dan ragam ahli warga kilang dapat disaksikan,
Ada yang seperti badang mengangkat bungkusan beras....
Ada yang tekun mengira wang untuk di agihkan....hat nie memang tekun sungguh...tak panggung kepala wooo.
Walau apa pun aksinya, kepuasan jelas terpampang di setiap raut wajah ahli ahli,
Alhamdullillah, melihatkan dari jumlah barangan keperluan yang disumbangkan(ada dari perseorangan, hasil kutipan rakan rakan kilang, syarikat syarikat muslim) saya rasa dapatlah keluarga yang memerlukan ini menjalani ibadah berpuasa dan berhari raya dengan sempurna hendaknya.
Semoga dengan sedikit kelapangan rezeki yang mereka terima ini akan memberikan mereka masa untuk mengaturkan kembali strategi didalam memacu keluarga untuk keluar dari kelompok kemiskinan ini amin....
Selesai mengagih barang, taklimat ringkas diberikan oleh sdr munir, taklimat tersebut menyatakan lokasi yang akan kita tuju dan jumlah keluarga yang akan kita jumpa di samping sedikit faktor faktor keselamatan yang perlu diambil kira sepanjang kami melakukan kerja amal ini.
selesai bacaan doa, kami bergambar kenangan sebelum memulakan perjalanan....
Lokasi pertama yang kami singgah ialah keluarga anak anak yatim piatu di Kg Paya Ketiau, padang serai kedah.
Kisah keluarga nie, Kesemua anak anak ini telah kehilangan kedua ibu dan bapa mereka, sekarang mereka dijaga berasingan oleh ibu dan bapa saudara mereka, apabila hujung minggu, mereka akan berhimpun kembali di rumah asal ibu bapa untuk bertemu kembali adik beradik yang lain setelah terpisah .....
Lokasi seterusnya,
Dari kawasan padang serai, kami ke sik kedah, di situ kami singgah di pedalaman kawasan kebun getah. Dek kerana kesempitan jalan, kami hanya menghadkan sebanyak 4 buah kenderaan saja utk masuk kedalam...hat lain semua pakat kena tunggu kat luar, oleh kerana saya pun x masuk, jadi saya hanya pinjam nukilan sdr munir utk tatapan anda....
"Satu keluarga yg tidak punya kerja tetap, mengharapkan kerja kerja kampung di samping terpaksa menjaga dua org tua yg seorangnya buta. Tidak banyak yg mampu diceritakan mengenai keluarga ini, cuma ianya typical keluarga susah yg hidup nun jauh di pedalaman kebun kebun detah di negeri kedah ini. Sambil bersyukur menerima sumbangan yang di hantar melalui ahli warga kilang, tuan rumah itu habag akan mengagihkannya kepada jiran jiran sekeliling yang senasib dengan beliau, Pakcik tua dlm gambaq (tok wan) ini begitu sebak dan hampir mengalirkan air mata, mungkin sebab dia terharu kerana masih ada insan yg sudi mai jenguk rumah anaknya yg agak jauh terpinggir ke dlm hutan getah itu. Ada satu gambar kat situ yg saya x sampai hati nak siar, cuma on the way keluar, saya habaq kat kwn dlm keta itu.."mcm tu lah nasib rakyat marhain kat bawah nie...last sekali yg depa boleh buat cuma saki baki bendera p.raya haritu untuk dibuat tutup bilik air tak bagi org nampak depa waktu mandi". Ironiknya, bendera besar penutup bilik tu, Lambangnya secara x sengaja diletakkan terbalik...kalau kat amerika, itu adalah lambang S.O.S - dietress signal: isyarat ada org perlukan bantuan kecemasan!
Sementara 4 buah kereta wakil pejuang kamu masuk ke dalam kebun getah tu, kami semua hat lain dok tunggu di tengah tengah terik pancaran matahari.....
dok lama kat situ mau pitam jadinya..
ye la...dalam bulan posa..dok berjemur pulak tengah panas....so..kami decide utk tumpang berteduh di dalam kebun getah .....
dh tu macam macam la...ada hero dan heroin dok main mercun...terkejut jugak geng hat len...ingat kan ada komunis mana mai nak tawan kami...hehehe
ada pulak pakar fotographi dok test power...amik gambar sana...amik gambar sini....
hat len pulak pakat dok heran...pasaipa dok dalam kebun getah tu...sorang saja hat kena serangan kerengga...hehehe darah manis lagi kot pak wahab...mongkalu betoi..bolehla tambah apa apa yang patut.....hehehe
Seterusnya, kami meneruskan lokasi kami ke satu satu keluarga yg tidak punya kerja tetap, mengharapkan kerja kerja kampung di samping terpaksa menjaga dua org tua yg seorangnya buta. Tidak banyak yg mampu diceritakan mengenai keluarga ini, cuma ianya typical keluarga susah yg hidup nun jauh di pedalaman kebun kebun detah di negeri kedah ini. Sambil bersyukur menerima sumbangan yang di hantar melalui ahli warga kilang, tuan rumah itu habag akan mengagihkannya kepada jiran jiran sekeliling yang senasib dengan beliau,
Wakil NGO menyampaikan sumbangan wang tunai utk keluarga tersebut bebelanja (hasil dari sumbangan rakan rakan yang lain.)
Dalam perjalanan keluar meredah minitar lama dalam kebun getah itu, saya berhenti mengejut kat satu selekoh, kwn kwn dok heran pasai apa, saya sebenarnya x sampai hati tengok satu rumah kat tepi pokok getah tu, mcm pondok mainan ka apa, saya panjat belakang triton saya, amik beras 3 kampit terus pi hulur.
Seterusnya, kami mengatur langkah sedikit panjang...menuju ke sungai tiang, keluarga yang kami kunjungi di situ ialah keluarga ibu tunggal.
Berkebetulan, semasa kami tiba ke lokasi, saya merasa amat nak terkencing....(hahaha pecah rahsia)....jadi bila sampai saja...org lain dok kalut mengangkat barang...saya pulak dok kalut mencari tandas dalam umah tersebut......
alangkah terkejutnya saya rupanya didalam rumah bantuan kerajaan tersebut, tiada bilik mahupun tandas....makna kata tandas rumah tersebut berkongsi dengan dapur......
(setakat hat dok tengok la...tapi x tau la pulak kalau rumah tersebut di reka mempunyai bilik rahsia dalam tanah...setakat hat dok nampak..bilik air tu kongsi dengan dapur...kalau nak terberak..x tau la nak buat macammana...)
dengan keadaan sedemikian,....terus saya batalkan niat murni saya untuk membantu menyuburkan tanah di kawasan tersebut...(kena KIV dulu hajat saya).
Dalam dok sibuk menyibuk nie...sempat lagi keluarga bapak tunggal bersama putra putrinya berpossing...cayalah....
Berdekatan dengan rumah ibu tunggal juga, kami berkunjung ke rumah seorang penoreh getah anak 8.
Kisah keluarga ini pula, anak hat sulong terpaksa berhenti sekolah waktu form 4, hat no 2 pulak berhenti lepas darjah 6 hat lain lain rasanya dok tunggu masa saja nak berhenti....Bila ditanya sebab anaknya berhenti sekolah abg tu habaq kata dia ada masaalah nak hantar dan ambil budak 2 tu sekolah dengan mutu, jauh nak keluar ke jln besar , Pernah anak anak dia nangis sebab tunggu ayah dia lambat mai amik(sebab sibuk di kebun getah) lalu anak 2 dia kerap ponteng.
Bila selalu ponteng, cikgu pun rajin la bertandang...susah punya pasal, anak anak pakat mintak nak berhenti
lokasi seterusnya, kami menghala ke kubur panjang....melalui jalan yang agak sempit
(boleh la kalau nak kategorikan sebagai jalan fear factor).
Oleh kerana telah masuk waktu zohor, kami singgah dahulu di masjid perupuk,kubur panjang....masjid yang dahulunya diasaskan oleh seorang pejuang melayu yang pernah menyelamatkan sultan kedah dari ancaman siam suatu ketika dahulu(menurut dari pencerita).
setelah selesai menunaikan solat zohor berjamaah,
kami ke keluarga seterusnya....abang malek,
Beliau bekerja kampung dan mempunyai 10 anak.
Kami dapat nama beliau drpd seorang cikgu. Abg Malek merupakan org masjid dan termasuk dlm senarai penerima zakat masjid kg disitu.
Lokasi terakhir kami , sebuah keluarga
Masa sampai ke lokasi, saya amat terkejut...selama nie dok jumpa dalam paper saja org yg umah dia terlalu daif.....ini dengan mata kepala sendiri. Lihat lah sendiri rumah yang seakan dangau (dangau pun lebih besar dan kukuh rasanya).
Melihatkan keadaan sekeliling rumah, dengan hanya menggunakan dapur kayu utk memasak(bayangkanlah nak bersahur...tengah mata dok lali lali lagi...kena pelekat apa pulak....betapa seksanya hidup sedemikian......hati lebih sayu pabila melihatkan bilik airnya....dinding yang seakan tiada....
hanya menggunakan bekalan air telaga yang dikorek yang mana tahap kebersihan airnya juga diragui cukup membuatkan hati ini merasa cukup hiba disamping bersyukur kerana diri ini masih mampu lagi menyara keluarga dengan keadaan yang sederhana.
Golongan pelapis wk melihat kera peliharaan.
Gambar kenangan.
Alhamdullillah, dengan berakhirnya lokasi ke lapan, maka berakhirlah program amal kami pada minggu ini, tertunailah sudah kewajipan yang diamanahkan oleh allah swt sebagai khalifah di muka bumi ini pada kali ini, moga diberikan kesempatan dilain waktu utk terus menabur bakti kepada yang memerlukan.....
di khabaqkan pada minggu depan, satu lagi program masuk kampung akan dijalankan dan sebagai penutup aktiviti amal ahli NGO warga kilang pada bulan ramadhan ini...yang mana kali ini 5 buah keluarga telah dikenalpasti akan menerima sumbangan.
kepada rakan kenalan sekalian.....
marilah kita bermuhasabah diri, betapa setelah negara kita merdeka selama 52 tahun, namun masih ada lagi saudara saudara kita yang masih merana dek kepompong kemiskinan....bayangkanlah betapa susahnya nak memasak juadah bersahur dengan menggunakan dapur kayu api...(sesetengah nak pelekat api utk bakar sampah pun susah...)
oleh yang demikian, saya menyeru....seeloknya setiap hari dan paling kurang cukuplah seumur hidup sekali....luangkanlah masa anda untuk menjenguk saudara seagama yang sedang mengalami kesusahan di sana...hulurkanlah bantuan anda kepada yang memerlukan.
semoga ada manfaatnya.
sukor Abdullah
0194735696
pencak tari enterprise
www.muslimsproduct.blogspot.com
No comments:
Post a Comment